Anda di sini

Kejohanan Bola Sepak Piala BMR: Enam zon sukses selesai pertandingan

Advertisement
AZMAN
AZMAN

KOTA KINABALU: Pertandingan peringkat zon Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin 2021 (Piala BMR) selesai berlangsung dengan sukses di enam zon.

Pertandingan khusus untuk pemain bawah 18 tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) itu berlangsung serentak di setiap zon pada 2-4 April.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar berkata, kejohanan itu melibatkan lapan zon tetapi  pertandingan peringkat Zon Pantai Timur Selatan dan Pedalaman Atas belum dapat diadakan kerana berada dalam kawasan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pertandingan peringkat Zon Pantai Timur Selatan dan Pedalaman Atas akan diadakan selepas keadaan mengizinkan.

"Saya percaya, sebagaimana di enam zon, kedua-dua zon ini juga akan dapat dilaksanakan dengan sukses nanti," kata Azman ketika dihubungi di sini semalam.

Pantai Timur Selatan melibatkan pasukan SAFA Daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kunak dan  Kalabakan) manakala  Pedalaman Atas terdiri daripada pasukan SAFA Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA berkata, keseluruhannya, kejohanan itu disertai 31 pasukan SAFA daerah.

Enam zon yang sudah selesaikan pertandingan ialah Zon Pantai Timur Utara yang melibatkan pasukan Kinabatangan, Beluran dan Sandakan; Zon Tengah (Telupid, Ranau, Tongod); Pantai Barat (Kota Kinabalu, Papar, Putatan); Pantai Barat Selatan (Sipitang, Beaufort, Membakut, Kuala Penyu); Pantai Barat Utara (Pitas, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Matunggong) dan Pantai Barat Timur (Penampang, Tamparuli, Tuaran, Kiulu).

Pertandingan peringkat zon yang dijalankan secara liga satu pusingan adalah medan bagi memilih pemain mewakili zon ke pertandingan peringkat negeri.

Keseluruhannya 31 perlawanan yang berlangsung di enam zon menyaksikan 105 jaringan dengan dua pasukan iaitu Penampang dan Kota Kinabalu catat rekod menang semua perlawanan tanpa bolos untuk muncul juara zon masing-masing.

Telupid dan Sipitang juga muncul juara dengan memenangi semua perlawanan manakala Kinabatangan dan Kota Belud hanya muncul juara dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas mengutip jumlah mata sama dengan pasukan di tempat kedua.

"Apapun, matlamat utama kejohanan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pemain muda di seluruh pelusuk daerah mengetengahkan bakat mereka. Pemain terbaik yang dikenalpasti akan mewakili zon.

"Maknanya, pada pertandingan peringkat negeri nanti, kita akan ada persaingan di kalangan pemain terbaik. Inilah proses yang kita mahu....kita akan ada kelompok pemain terbaik. Akhirnya, ini akan membantu kita membentuk pasukan muda negeri dengan memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik," kata Azman.
 
Zon Pantai Timur Utara
P M S K J B MT
1. Kinabatangan 2 1 1 0 6 3 4
2. Beluran 2 1 1 0 4 3 4
3. Sandakan 2 0 0 2 2 6 0

Zon Tengah
P M S K J B MT
1. Telupid 2 1 0 0 7 5 6
2. Ranau 2 1 0 1 7 5 3
3. Tongod 2 0 0 2 5 9 0

Zon Pantai Barat
P M S K J B MT
1. K Kinabalu 2 2 0 0 5 0 6
2. Papar 2 1 0 1 2 4 3
3. Putatan 2 0 0 2 0 3 0

Zon Pantai Barat Selatan
P M S K J B MT
1. Sipitang 3 3 0 0 8 1 9
2. Beaufort 3 1 1 1 5 4 4
3. Membakut 3 1 1 1 6 7 4
4. K Penyu 3 0 0 3 2 10 0

Zon Pantai Barat Utara
P M S K J B MT
1. K Belud 4 2 1 1 6 2 7
2. Pitas 4 2 1 1 8 5 7
3. Kudat 4 0 3 1 5 2 6
4. K Marudu 4 1 1 2 5 6 4
5. Matunggong 4 1 0 3 3 11 3

Zon Pantai Barat Timur
P M S K J B MT
1. Penampang 3 3 0 0 9 0 9
2. Tamparuli 3 1 0 2 5 4 3
3. Tuaran 3 1 0 2 2 6 3
4. Kiulu 3 1 0 2 3 9 3

*** Pertandingan peringkat Zon Pantai Timur Selatan dan Pedalaman Atas belum dapat diadakan kerana dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • oleh
  • Advertisement