Anda di sini

Ducati dominasi masa terpantas dalam latihan

Advertisement
 Miller semasa sesi latihan menjelang MotoGP Grand Prix Doha di Litar Antarabangsa Losail. — Gambar AFP
MENYERLAH: Miller semasa sesi latihan menjelang MotoGP Grand Prix Doha di Litar Antarabangsa Losail. — Gambar AFP

DOHA: Jack Miller, Francesco Bagnaia dan Johann Zarco telah membantu Ducati untuk mendominasi latihan di Grand Prix Doha pada Jumaat.

Miller dari Australia dalam pasukan Ducati, mencatatkan masa 1 minit 53.145 saat dengan cuaca paling optimum semasa sesi kedua di bawah lampu sorot litar Losail.

Beliau mendahului rakan sepasukan dari Itali, Bagnaia dengan 0.313 saat dan pelumba kelahiran Perancis Zarco (Ducati-Pramac) dengan 0.392 saat.

“Saya berasa amat selesa dengan motosikal itu petang ini, kami mengubahnya sedikit dan saya rasa lebih baik pada penghujung FP1 semasa siang, tetapi suhu trek dan suhu angin terlalu tinggi,” ulas Miller di penghujung hari.

“Agak sukar untuk menyesuaikan motosikal untuk kedua-duanya, jadi saya lebih meletakkan fokus pada sesi petang serta mencuba sehabis baik dalam litar untuk berprestasi lebih baik dari minggu lepas dan berjaya mencatat masa itu dan ia seperti detik ‘hidup atau mati’.

Fabio Quartararo dari Perancis (Yamaha) di tempat keempat 0.438 saat di belakang pendahulu Ducati-Pramac itu, dan Jorge Martin di tempat kelima, 0.448 saat selepas Miller.

Juara minggu lepas, juga di Qatar, Maverick Vinales (Yamaha), tamat di tangga kesembilan dan ketinggalan 0.727 saat.

Juara dunia Joan Mir (Suzuki) di tempat ke-13 dengan 0.867 saat di belakang, dan juara tujuh kali kejohanan MotoGP Valentino Rossi (Yamaha-SRT) di tempat ke-14, ketinggalan 0.967 saat.

Hanya 10 teratas dalam tiga latihan pertama terus layak ke pusingan kelayakan  kedua dan akhir pada Sabtu yang mana tempat hadapan menjadi rebutan.

Ia akan menjadi sukar buat Mir dan Rossi untuk menambah baik masa mereka semasa latihan ketiga pada Sabtu pada jam 12:15 tengah hari waktu tempatan ketika trek lebih panas daripada dua pusingan sebelumnya dan memberi lebih kurang cengkaman.

Juara enam kali MotoGP Marc Marquez dari Honda masih tidak dapat menyertai perlumbaan ekoran keretakan tangan musim panas lepas. — AFP

Advertisement