Anda di sini

Musical Storefronts beri peluang artis buat persembahan ‘live’

Advertisement
 Katz (kiri) dan Myer semasa membuat persembahan sebagai sebahagian siri konsert spontan ‘Kaufman Music Center’s Musical Storefronts’ pada 25 Mac lepas di New York City. Siri konsert itu menampilkan lebih 100 pemuzik pelbagai genre New York, di mana mereka membuat persembahan dari sebuah bahagian kedai nyang kosong.  — Gambar AFP
KONSERT ‘LIVE’: Katz (kiri) dan Myer semasa membuat persembahan sebagai sebahagian siri konsert spontan ‘Kaufman Music Center’s Musical Storefronts’ pada 25 Mac lepas di New York City. Siri konsert itu menampilkan lebih 100 pemuzik pelbagai genre New York, di mana mereka membuat persembahan dari sebuah bahagian kedai nyang kosong. — Gambar AFP

SELEPAS setahun menyaksikan tempat konsert bergelap dan pentas dipindahkan ke dalam talian, satu hadapan kedai yang kosong di New York telah memberi harapan bagi artis dan penonton untuk menyaksikan muzik secara langsung.

Ahli muzik dari pelbagai genre mempersembahkan konsert spontan di Manhattan’s Upper West Side untuk pejalan kaki yang bertuah: pada suatu pagi baru-baru ini menyaksikan Beethoven dan Debussy mengharmonikan bandar yang selalunya bingit oleh hon kereta, kerja pembinaan dan bunyi burung merpati.

Ia menandakan kali pertama Michael Katz, pemain cello, dapat bermain diiringi dengan piano persembahan Spencer Myer selepas setahun, dengan sebuah Steinway putih dalam pengalaman yang dikatakannya ahli muzik sedunia “dahagakan”.

Lebih penting, per-sembahan ‘Musical Storefronts’ memberi peluang untuk berinteraksi dengan penonton, sungguhpun mereka  hanya menonton melalui tingkap dari laluan jalan kaki dan bukan dalam dewan bandar dengan tempat duduk selesa.

“Kita amat memerlukan hubungan berbalas antara satu sama lain,” kata Katz. “Dapat membawa muzik kepada orang ramai seperti yang kami lakukan hari ini ialah sesuatu yang unik dan istimewa.”

Lokasi persembahan itu tidak disiarkan – penganjur tidak mahu perhimpunan orang ramai atas sebab penjarakan sosial – namun siri itu, yang bermula lewat musim sejuk akan dijalan-kan sepanjang musim bunga, membuka peluang cukup untuk menyaksikan pertunjukan itu.

Pelari dengan anjing, ibu bapa dengan kereta bayi dan warga emas New York yang keluar untuk bersiar-siar pada tengah hari antara penonton yang singgah untuk persembahan itu yang juga menampilkan Mendelssohn dan Boulanger.

“Kami cuba untuk merangkumi sedikit dalam semua... daripada muzik klasik kepada ahli Broadway, jazz; kami telah mengkaji inovasi,” kata Kate Sheeran, yang mengarah Kaufman Music Center di sebalik siri itu.

Bersama dengan hiburan, projek itu ber-tujuan untuk “mempera-gakan sisi artistik New  York, dan mengetengahkan artis perlukan kerja, dan isu ini memerlukan perhatian.” — AFP

Advertisement