Anda di sini

Bazar Ramadan dengan SOP di La Promenade

Advertisement
 La Promenade Mall di Lebuh Raya Kuching-Samarahan.
MEGAH: La Promenade Mall di Lebuh Raya Kuching-Samarahan.

KUCHING: La Promenade Mall yang terletak di Lebuh Raya Kuching-Samarahan akan menganjurkan bazar Ramadan dengan standard kebersihan dan keselamatan yang tinggi.

La Promenade Mall akan melaksanakan langkah-langkah yang lebih ketat daripada apa yang diperlukan untuk memastikan ia menjadi platform perniagaan yang paling selamat bagi semua.

Setiap peniaga dan pekerja mesti menjalani saringan PCR dan mencatatkan keputusan negatif tiga hari sebelum bazar dibuka pada 13 April.

Pas khas akan disediakan dan pemeriksaan dijalankan di pintu-pintu masuk untuk memastikan pas-pas tidak disalahgunakan.

Setiap gerai hanya boleh membenarkan tiga orang di dalamnya.

Gerai juga akan diletakkan lebih jauh dari jarak minimum dua meter yang diwajibkan dalam garis panduan kerajaan.

Pusat beli-belah itu juga akan menggunakan pengawal keselamatannya sendiri untuk memastikan penjarakan fizikal dipatuhi peniaga dan pengunjung gerai.

“Kita akan melaksanakan dasar toleransi sifar. Selain itu, pusat beli-belah ini menggalakkan Majlis Perbandaran Kota Samarahan membuat pemeriksaan mengejut yang akan mempertingkatkan lagi langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil oleh semua orang,” kata Pengurus Penyewaan Kanan Trish Lui.

“Sesungguhnya, kita mahu peniaga dan pelanggan menjalankan perniaga-an dengan fikiran yang tenang.

“Kita tidak mahu sesiapa rasa tidak selamat. Jabatan Keselamatan dan Kebersihan Pekerjaan HSL sendiri akan bekerja rapat dengan pasukan keselamatan kami,” ujar Lui.  

Dalam pada itu bazar itu akan dibuka di sebuah tapak yang lebih besar daripada satu ekar dan makan di tapak tersebut tidak dibenarkan.

Peniaga diwajibkan memakai pelitup separuh muka, perisai muka, sarung tangan dan apron.

Bazar akan dibahagikan kepada zon-zon dengan ke-utamaan diberikan kepada kemudahan seperti pembersihan manakala premis-premis disanitasi setiap hari.

“Peniaga harus mendaftar awal sekarang untuk menjalankan perniagaan Ramadan di La Promenade Mall.

“Lebuh Raya Kuching-Samarahan yang sibuk, kebersihan kita dan kemudahan meletak kereta harus diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang baik,” tambah Lui.

La Promenade Mall di-buka pada Januari tahun ini, merupakan sebuah ruang komuniti dengan dasar sokongan perniagaan tempatan yang kuat.

Penyewa-penyewa terma-suk Taka Patisserie, Choice Supermarket, NOMS, Hock King Authentic, Chicken Rice serta Black Bean Coffee & Tea.

Pada pertengahan tahun, pusat beli belah ini akan menjadi tempat baharu bagi enam badan kebajikan termasuk Hope Place, Sarawak Women for Women Society, Bodhi Counselling dan Helping Hands Penan.

Pusat beli-belah ini juga sedang dalam proses memohon permit bagi Bazar Petani Hujung Minggu.

Untuk maklumat lanjut, layari lapromenademall.com.my dan hsl.com.my.

  

Advertisement