Anda di sini

Pegawai tentera mengaku tak bersalah lakukan kelucahan melampau

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap bekas rakan sekerjanya pada tahun 2018. 

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zaiton Anuar. 

Mahkamah seterusnya menetapkan 3 Mei depan sebagai pengurusan kes dan tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM2,000 berserta dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa iaitu bekas anggota tentera berusia 28 tahun dengan menghisap kemaluannya dalam satu kejadian pada 1 Disember 2018, jam 4 pagi di tempat letak kereta Jalan Chan Chin Ann, Padungan, di sini.

Sehubungan itu, tertuduh dalam kes ini didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam Christopher Bada. 

Advertisement