Anda di sini

Anugerah Oscar tidak akan disiarkan secara langsung di Hong Kong buat kali pertama

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2020 ini menunjukkan patung Oscar dipamerkan di kawasan permaidani merah menjelang majlis anugerah Oscar ke-92 di Hollywood. Acara Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbangan timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China.  — Gambar AFP
TIDAK AKAN DISIARKAN DI HONG KONG: Gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2020 ini menunjukkan patung Oscar dipamerkan di kawasan permaidani merah menjelang majlis anugerah Oscar ke-92 di Hollywood. Acara Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbangan timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China. — Gambar AFP

ANUGERAH Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbangan timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China.

Acara itu telah disiarkan di Hong Kong sejak tahun 1969 oleh saluran bebas-untuk-ditayang bahasa Inggeris TVB.

Namun tiada saluran akan mengelola anugerah bulan depan.

“Ia merupakan keputusan komersial untuk kami tidak menyiarkan Oscars tahun ini,” kata jurucakap TVB.

Keputusan itu timbul selepas Bloomberg News melaporkan awal bulan ini bahawa bahagian propaganda Parti Komunis China telah mengarahkan media yang dikawal negara itu untuk  memperkecilkan anugerah itu dan tidak menyiarkan acara itu secara langsung.

Sebabnya disyaki daripada pencalonan ‘Do Not Split’, dokumentari pendek tentang protes pro-demokrasi Hong Kong, diikuti empat pencalonan daripada pengarah AS kelahiran China Chloe Zhao untuk ‘Nomadland’.

Media tempatan sejak itu telah mengkritik dokumentari itu manakala  nasionalis dalam talian telah menyerang Zhao berikutan komen beliau yang dibuat bertahun lalu yang dikatakan mengkritik China.

Penyiar negara CCTV, yang sebelum ini telah menyiarkan anugerah Oscar, belum lagi membuat pengesahan jika mereka akan menyiarkan acara itu tahun ini.

Semua media ditapis dengan tegas di China.

Hong Kong yang separa autonomi mengamalkan kebebasan lebih di bawah  model “One country, two systems” (Satu negara, dua sistem).

Namun atmosfera itu kini berubah cepat.

Selepas protes demokrasi besar dan selalunya ganas pada 2019,  Beijing telah menundukkan pembangkang, termasuk mengambil alih undang-undang keselamatan negara dalam bandar itu.

Pembangkang pro-demokrasi telah ditundukkan, dan undang-undang juga telah dipengaruhi dengan budaya negara itu.

Dalam minggu baru-baru ini, pawagam telah menarik balik dokumentari protes itu, manakala sebuah muzium seni kontemporari bakal dibuka dengan pegawai keselamatan akan memeriksa koleksi mereka. — AFP

Advertisement