Anda di sini

34 kes baharu COVID-19 di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah merekodkan sebanyak 34 kes pada 29 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,657 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk seri panglima MAsidi Manjun berkata, dua lagi kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kota Kinabalu dan Tawau, bagaimanapun tiada kluster baharu dilaporkan.

Menurutnya, daripada 34 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes (55.9 peratus) berpunca dari saringan kontak rapat, tiga kes (8.8 peratus) saringan bergejala, tujuh kes (20.6 peratus) dari kluster sedia ada serta lima kes (14.7 peratus) dari lain-lain kategori.

Katanya, empat daerah dalam kategori zon merah dan zon hijau, zon jingga lima daerah dan sebanyak 14 daerah dalam kategori zon kuning.

"Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh seramai 32 orang menjadikan jumlah kumulatif 53,809 orang, manakala seramai 408 pesakit masih menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, seramai 170 orang dirawat di hospital dan 238 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Masidi berkata, bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 30 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

"Setakat ini, seramai 14 orang menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 42,292 orang.

"Sabah menyelesaikan sasaran bagi suntikan vaksin fasa pertama (dos pertama) sebanyak 42,292 dan masih meneruskan bagi dos kedua sehingga April ini," katanya.

Menurutnya, bagi dos kedua vaksin Pfizer BioNTech, seramai 2,716 orang menerima suntikan pada 29 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11,406 orang.
 

Advertisement