Anda di sini

‘XSEMPURNA’ kisah sebenar Nuha Bahrin dikutuk dan dihina satu dunia

Advertisement
NUHA BAHRIN
NUHA BAHRIN

PENDATANG baharu dalam industri muzik, Nuha Bahrin, telah mengeluarkan single pertamanya yang berjudul ‘XSEMPURNA’ pada 5 Mac lalu.

Beliau mula membina nama selepas menyanyikan semula lagu ‘Hurt’ nyanyian asal Christina Aguilera sehingga mencuri perhatian penyanyi antarabangsa tersebut yang turut ‘repost’ nyanyian Nuha di Instagramnya.

XSEMPURNA secara keseluruhanya memapar-kan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh Nuha Bahrin, yang dikutuk dan dihina oleh satu dunia.

Tetapi bagi komposer Ezra Kong melihat bakat Nuha Bahrin lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai bakal membuat para pendengar ralit. Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video XSEMPURNA adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi Nuha Bahrin.

Nuha Bahrin berkata, “Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.”

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya,” kata Nuha.

“Proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula. Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 pagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu,” tambah Nuha lagi.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama di antara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia.

 Nuha juga akan bakal mengeluarkan Album Zikir bersama artis-artis Beegood Music sempena Bulan Ramadhan yang akan datang.

Muzik video XSEMPURNA kini boleh ditonton di saluran YouTube BeeGood Music, selain juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music.

Advertisement