Anda di sini

PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Tengah, Kuching ditamatkan hari ini

Advertisement
Pemandangan Kampung Bintawa Ulu dan Tengah yang dirakamkan dari udara, baru-baru ini.
Pemandangan Kampung Bintawa Ulu dan Tengah yang dirakamkan dari udara, baru-baru ini.

KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bintawa Ulu dan Tengah di sini, ditamatkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membuat keputusan menamatkan tempoh PKPD, yang dijadualkan tamat 30 Mac, lebih awal memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu. 

“Di samping itu juga, tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Jawatankuasa terbabit mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini.

JPBNS menerusi kenyataannya pada 15 Mac lalu berkata, PKPD dikuatkuasakan di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah bermula 16 Mac hingga 30 Mac 2021.

Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangkan kes positif COVID-19 dari kampung-kampung berkenaan kian meningkat.

  • oleh
  • Advertisement