Anda di sini

‘Falcon and Winter Soldier’ susuli ‘WandaVision’ ke Disney+

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 menunjukkan Stan (kiri) dan Mackie semasa Comic Con di San Diego, California. Siri enam episod ‘The Falcon and the Winter Soldier’ kini boleh ditonton di Disney+. — Gambar AFP
SIRI TELEVISYEN: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 menunjukkan Stan (kiri) dan Mackie semasa Comic Con di San Diego, California. Siri enam episod ‘The Falcon and the Winter Soldier’ kini boleh ditonton di Disney+. — Gambar AFP

FILEM ‘Avengers: Endgame’ kehilangan mahkota sebagai box office terbesar sepanjang masa, namun kehebatan adiwira itu masih berlegar dalam perancangan syarikat pemilik Disney untuk skin kecil dan pembukaan semula pawagam.

Filem hit terbesar tahun 2019 itu, di mana kutipan AS$2.798 bilion dilepasi pengeluaran semula China filem ‘Avatar’ baru-baru ini, merupakan peristiwa unik teater yang menyimpulkan plot daripada 21 filem berkaitan sebelumnya.

Jalan cerita yang ditunggu-tunggu itu diteruskan lagi tetapi kali ini bukan di pawagam namun di Disney+, platform strim yang nampaknya merupakan masa depan Mouse House, dengan siri enam episod ‘The Falcon and the Winter Soldier’.

Ketua Marvel Studios Kevin Feige berkeras untuk memastikan peminat aksi adiwira studionya tidak akan ketinggalan dalam perubahan ke skin kecil ekoran pandemik ini.

“Kami selalu menyatakan ‘jika kita menghasilkan siri Falcon and Winter Soldier, kita mesti sekurang-kurangnya bermula dengan aksi terbaik yang pernah disaksikan’,” kata Feige semasa sidang maya.

“Dan kita telah menyaksikan banyak aksi hebat daripada mereka berdua sebelum ini.”

Kedua-dua watak itu, yang dikenali oleh peminat komik sebagai Sam Wilson and Bucky Barnes, merupakan watak-watak sampingan dalam filem Marvel.

Namun seperti yang dicadangkan oleh nama adiwiranya, Falcon boleh terbang hasil daripada jet sayap teknologi tinggi, dan babak pembukaan siri ‘The Falcon and the Winter Soldier’ padat dengan kesan khas berlatarkan udara.

“Hanya sebab ia disiarkan di TV, tidak bermakna ia tidak akan menjadi sehebat yang mungkin seperti filem,” tambah Feige.

Hakikatnya, ‘The Falcon and the Winter Soldier’ merupakan pertunjukan kedua Marvel di Disney+.

Siri ini menyusuli pertunjukan aneh dan pelik namun disukai ramai ‘WandaVision’, yang mana kedudukan ceritanya dalam francais itu boleh dikatakan diselubungi rahsia.

Namun ‘Falcon’, yang sepatutnya ditayangkan terlebih dahulu namun terpaksa ditunda selepas pengeluarannya terganggu akibat pandemik dan gempa bumi di Puerto Rico, mempunyai jalan cerita yang bersambung terus dengan ‘Endgame’, dan secara keseluruhannya lebih biasa di kalangan peminat filem.

“Ia hampir setaraf dengan filem-filem itu, saya merasakan  sebenarnya, lebih berkembang dan mendebarkan,” kata bintang bersama Sebastian Stan mengenai babak-babak aksi, yang juga menggunakan pelagak ngeri sama daripada filem itu.

Sungguhpun plot cerita dirahsiakan, juruterbang Wilson (Anthony Mackie) masih berduka dengan pemergian Captain America, yang dilihat memberi mantel adiwira kepadanya dalam ‘Avengers: Endgame’, dan juga perisai ikoniknya.

Dalam pada itu, Barnes masih menjalani terapi selepas pengalaman ngeri dalam filem itu.

“Luar biasa dan fiksyen sains dan fantasi dan kuasa ghaib” seperti cerita Marvel, “pengalaman dan emosi watak setakat ini merupakan faktor paling penting,” kata Feige.

Watak-watak ini telah berhadapan dengan trauma yang sering dilupakan apabila “portal bercahaya terbuka dan penonton bersorak dan lelaki gergasi menumbuk cicak terbang,” guraunya.

“Tetapi... akan ada akibat, bertahun-tahun selepas, dan ia sangat seronok untuk diterokai” dalam siri enam jam itu, ulas Feige. — AFP

Advertisement