Anda di sini

Usahawan sentiasa dibantu bagi memperkasakan perniagaan

Advertisement
 Joachim (dua kiri) menunjukkan produk yang dijual di Kedai IKS Sabah, turut kelihatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam (tiga kiri).
KENANGAN: Joachim (dua kiri) menunjukkan produk yang dijual di Kedai IKS Sabah, turut kelihatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam (tiga kiri).

BEAUFORT:Pelbagai bantuan berbentuk geran telah disalurkan kepada usahawan bagi mempertingkatkan lagi keupayaan perniagaan masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, bantuan geran berkenaan adalah untuk pembelian seperti mesin, peralatan, pendigitalan, e-dagang dan bayaran juruperunding untuk mendapakan sijil MeSTI dan halal.

"Syarikat-syarikat IKS yang layak bolehlah memohon secara atas talian menerusi portal usahawan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan  DIDR.

"Selain itu maklumat lanjut boleh diperolehi dari pegawai-pegawai saya di kaunter urusetia di karnival ini. Kementerian saya juga menganjurkan kursus dan bengkel secara percuma untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran usahawan," katanya ketika merasmikan Pusat Produk IKS Sabah, Beaufort dan Karnival Usahawan IKS, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain bantuan  geran dan wang tunai secara one-off, Kementerian Pembanguan Perindustrian juga menyediakan platform online e-Dagang yang dikenali dengan nama GoBiz .

Katanya, Platform GoBiz berkenaan membantu usahawan Sabah memasarkan produk mereka tanpa sempadan hingga ke peringkat global. 

"Melalui platform ini, usahawan tempatan akan dapat menambah jualan mereka serta mengurangkan beban dan kos pembiayaan khususnya ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. 

"Setakat ini seramai 311 usahawan telah menyertai platform ini dengan 2,325 bilangan produk dan nilai jualan RM17,571," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, Kedai IKS Sabah di Beaufort akan membantu GoBiz dalam penyediaan pusat pengumpulann barangan usahawan tempatan dan juga penghantaran barangan kepada pembeli di kawasan ini dan sekitarnya. 

Katanya, untuk menyertai platform GoBiz khususnya yang mempunyai produk, sila dapatkan maklumat lanjut di kaunter Gobiz yang disediakan dan pendaftaran adalah percuma.

"​Saya difahamkan pembukaan Kedai IKS Sabah di Beaufort akan dapat memberi manfaat kepada lebih kurang 500 usahawan di daerah ini termasuk daerah-daerah yang berdekatan seperti Papar, Kuala Penyu & Sipitang.

"Kedai ini juga akan menjadi pusat sehenti atau SME One Stop Product Centre di Beaufort untuk berperanan sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan, informasi, penjualan dan networking untuk usahawan-usahawan. 

"Saya juga diberitahu sudah ada 100 usahawan dari berbagai daerah telah menghubungi pusat IKS Beaufort untuk menghantar produk mereka ke pusat ini. Ini satu petanda yang baik dan kita harap lebih ramai lagi yang akan menyertai," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement