Anda di sini

Filem ‘Penunggang Agama’ lebih berani, kini di Astro First

Advertisement
 

DUA penerbit gergasi tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions yang yang sering mencetus fenomena tersendiri menerusi pelbagai kejayaan dalam industri filem tempatan, kini kembali bergabung menerbitkan filem terbaru, ‘Penunggang Agama’.

Tambah menarik, karya tersebut diarahkan oleh pengarah filem pecah panggung ‘Abang Long Fadil 2’, Syafiq Yusof. Ini adalah kali pertama beliau mengarahkan filem genre seram thriller dengan elemen islamik, sekali gus memperkukuhkan lagi portfolionya sebagai pengarah kreatif.

Selepas kejayaan filem ‘Munafik’, tidak banyak filem seram thriller islamik dihasilkan. Kehadiran ‘Penunggang Agama’ bakal memperkuatkan lagi genre tersebut sebagai salah satu genre utama pilihan penggemar filem.

Mengenai watak pula, watak utama Amir mempunyai keunikkan tersendiri, seorang graduasi Al-Azhar dengan pemikiran berbeza dan mudah dimanipulasi. Secara tidak langsung watak itu memperlihatkan sisi berbeza pelakon popular, Zul Ariffin.

Turut memberi lakonan mantap adalah Nasir Bilal Khan yang membawa watak hitam, Tok Haji. Bagi menjayakan watak tersebut, penata rias telah mengambil masa dua jam untuk melakar tatu di seluruh badan beliau.

Lebih dramatik, adegan oleh Tok Haji yang bermandikan darah juga turut dirasakan mampu menarik perhatian penonton. Hantu atau susuk makhluk juga berbeza daripada kebiasaan filem-filem seram thriller tempatan dan ia lebih menyeramkan. Terdapat banyak lagi adegan dan kejutan demi kejutan yang akan membuat penonton terpaku menerusi plot sepanjang 90 minit.

Pelakon lain yang turut memberi lakonan hebat dan meninggalkan kesan adalah Azira Shafinaz, adik Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan.

Apatah lagi karakter mereka diperkukuhkan dengan skrip dialog yang kuat dan mampu memberi impak kepada penonton.

Menurut Syafiq Yusof, minat yang mendalam dalam berkarya mendo-rongnya untuk sentiasa berusaha tampilkan kelainan pada setiap filem yang dihasilkan.

“Kali ini, saya memilih genre sebegini dengan elemen islamik kerana cabarannya berbeza di mana banyak rujukkan yang perlu saya buat, terutamanya pada penghasilan skrip dan adegan. Selain itu, konflik penunggang agama itu sendiri sememangnya dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaikan mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua,” katanya.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’.

Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.

Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem ‘Penunggang Agama’.

Saksikan filem seram thriller, ‘Penunggang Agama’ kini di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Advertisement