Anda di sini

Everrise MetroCity dibuka Sabtu, dengan pelbagai promosi hebat, aktiviti menarik

Advertisement
 Everrise MetroCity dibuka Sabtu ini dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti para pengunjung dan pelanggannya.
DIBUKA: Everrise MetroCity dibuka Sabtu ini dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti para pengunjung dan pelanggannya.

KUCHING: Everrise MetroCity akan dibuka pada Sabtu ini (27 Mac) dengan pelbagai promosi hebat serta aktiviti menarik menanti para pengunjung dan pelanggannya.

Terletak di MetroMall di sini, pasar raya baharu ini berkeluasan 23,000 kaki persegi dengan tempat parkir luar yang luas.

Pasar raya baharu Everrise ini menawarkan persekitaran yang segar kepada pembeli untuk pengamalan gaya hidup yang mengujakan.

Pelbagai produk import menarik dari seluruh dunia ditawarkan di pasar raya baharu ini seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, yogurt premium, snek gourmet, pasta halus, minuman import dan banyak lagi.

Pembeli juga boleh memilih untuk membeli pelbagai pilihan makanan laut, daging dan ayam berkualiti dalam persekitaran yang bersih dan selesa.

Selain itu terdapat bahagian khas untuk kehidupan yang sihat yang menawarkan pelbagai produk organik, produk bebas gluten dan makanan rendah gula khas untuk pembeli dengan keperluan pemakanan khas.

 Kunjungi Everrise MetroCity dan dapatkan pelbagai tawaran menarik sepanjang promosi pembukaan pada 27 dan 28 Mac ini.
TAWARAN: Kunjungi Everrise MetroCity dan dapatkan pelbagai tawaran menarik sepanjang promosi pembukaan pada 27 dan 28 Mac ini.

Bagi penggemar makanan sejuk beku pula, terdapat pelbagai produk makanan sejuk beku tempatan dan import bagi menepati cita rasa pembeli.

Juga boleh didapati makanan laut premium se-perti US Scallops, Norway Blue Mackerel, Alaskan King Crab, New Zealand Green Mussels, Hokkaido Sea Scallops dan lain-lain.

Terdapat juga pelbagai makanan sejuk beku halal berkualiti Thalia yang sedia untuk dimakan oleh Muslim Kitchen.

Untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pengguna di semua saluran, pembeli kini boleh memilih jus buah dan minuman segar daripada Saranut.

Sushi Jepun yang sedia untuk dimakan oleh Oishi Sushi juga boleh didapati pelanggan yang menggemari makanan ini.

Bagi meraikan pembukaan Everrise MetroCity pada 27 dan 28 Mac ini, pelanggan boleh mendaftar keahlian percuma dan mula mengumpul mata daripada pembelian pertama.

Bagi keahlian baharu yang berbelanja RM50 dan ke atas dalam satu resit pada 27 dan 28 Mac, akan mendapat satu Beg Eco Everrise percuma.

Selain itu, 50 ahli baharu setiap hari akan menerima baucar tunai RM5 bagi mendapatkan diskaun segera bagi Tusan Limited Edition Tumbler.

Semua ahli Everrise akan menikmati harga ahli eksklusif bagi lebih 500 barangan sepanjang promosi pembukaan ini.

Sebagai tambahan, terdapat hadiah menarik dengan promosi pembelian dengan pembelian (PWP) sebagai ganjaran kepada pembeli.

Semua pembeli dijemput mengunjungi pembukaan pada 27 Mac ini dengan waktu perniagaan dari 9.30 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut sila e-mel kepada [email protected]. Manakala untuk promosi lanjut dan terkini, ikuti laman Facebook Everrise fb.com/myeverrise atau langgani saluran Telegram Everrise.

Advertisement