Anda di sini

Amazon buat filem Bollywood, Akshay Kumar watak utama

Advertisement
 

AMAZON memasuki Bollywood dengan filem Hindi pertama, dibintangi pelakon terkemuka India, dalam usaha meraih penonton dalam pasaran yang besar dan sesak kini.

Bintang Bollywood Akshay Kumar sebagai pelakon utama filem aksi pengembaraan ‘Ram Setu’, yang akan ditayangkan di pawagam sebelum  strim debut di Amazon Prime, menurut gergasi teknologi Amerika itu.

Platform strim global, termasuk Netflix dan Disney’s Hotstar, telah meluaskan jaringan ke negara 1.3 billion penduduk itu baru-baru ini, termasuk mengupah syarikat pengeluaran tempatan dan menampilkan bintang Bollywood.

Servis strim melonjak terkenal ekoran koronavirus menyaksikan sejak perintah berkurung, peminat wayang di India berpaling kepada mereka untuk hiburan, selepas panggung ditutup untuk lebih enam bulan.

Amazon, sudah menguasai India dengan perniagaan online mereka, baru-baru ini mengguris hati rakyat negara itu dan dikerah untuk meminta maaf ke atas ‘Tandav’, drama yang distrim di Prime.

Ahli politik di India mengarahkan rancangan itu untuk dilarang kerana “mengejek dewa Hindu” dan tidak menghormati sentimen agama.

Servis strim TV tidak mengendahkan larangan ketat dan cerewet  negara itu, yang sering kali memotong babak daripada filem yang ditayangkan di pawagam dan televisyen.

Namun di bawah  peraturan yang diumumkan bulan lepas, platform strim akan dipaksa untuk mengeluarkan kandungan yang dibantah dalam 36 jam selepas aduan.

Perbalahan atas ‘Tandav’ dan peraturan baharu sudah menggalakkan syarikat pengeluaran untuk menapis program yang dihasilkan mereka atau mengeluarkannya sama sekali.

Semasa lawatan beliau ke India  tahun lalu, pengasas Amazon Jeff Bezos mengulas kepada penonton pembuat filem Bollywood bahawa Prime Video sedang melakukan dengan tepat  secara geografi, “tiada tempat lebih elok untuk melakukannya selain daripada India”.

Amazon belum mengumumkan tarikh tayangan untuk ‘Ram Setu’, yang mengisahkan Jambatan Adam, sebuah beting di India Selatan yang dibina oleh seangkatan tentera wira monyet, menurut mitos Hindu.

“Saya tidak sabar untuk menceritakan kisah tentang warisan penting dalam India, terutamanya buat pemuda pemudi,” kata Kumar, pelakon India yang terkaya di dunia menurut ranking Forbes 2020.

“Saya gembira, dengan Amazon Prime Video, kisah itu akan mengupas geografi dan meraih banyak penonton daripada seluruh dunia.” — AFP

Advertisement