Anda di sini

Reen Rahim dalam ‘Tebus’ dan ‘Hari Kita Bertemu’ di RTM

Advertisement
 

PELAKON cantik Reen Rahim bakal muncul sebagai watak wanita utama dalam dua buah telemovie terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mac ini menerusi saluran TV2.

Disiarkan masing-masing mengisi slot popular Citra di TV2 yang menayangkan telemovie terbaharu terbaik, dan satu lagu diletakkan dalam slot telemovie menarik hujung minggu, kedua-duanya tampil dengan plot cerita kekeluargaan yang berbeza.

Dalam telemovie diberi tajuk ‘Tebus’ menemui penonton pada hari ini, jam 9.30 malam, mengisahkan Sofia, ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki.

Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya.

Wanita tersebut telah mengambil dan menyembunyikan anak Sofia di rumah bagi menggantikan anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Selain Reen Rahim, drama ini turut menampilkan pelakon Risteena Munim, Daniel Lim Santoso dan Rania Humaira.

Sementara itu dalam ‘5 Hari Kita Bertemu’ pada 21 Mac ini, jam 2.00 petang pula, saksikan perjalanan kisah watak Adrian menghabiskan 12 hari cutinya ke Korea untuk mengenali Raisyah, seorang pelajar Malaysia yang dikenalinya melalui laman sosial.

 

Namun Raisyah yang tidak yakin dengan dirinya telah meminta Izara menyamar menjadi dirinya untuk bertemu Adrian.

Saat timbulnya perasaan cinta Adrian pada ‘Raisha’ (penyamar), Raisha menghilangkan diri dan Raisyah sebenar muncul menimbulkan kekeliruan pada Adrian. Telemovie ini menyaksikan Reen Rahim bergandingan dengan watak utama Josiah Hogan, juga turut dibantu oleh Mimi Ernida dan Bobby Kiran.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement