Anda di sini

Bunuh kekasih, inspektor polis ke tali gantung

Advertisement
Tertuduh yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati.diiringi polis di pekarangan mahkamah, hari ini.

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada 2017. 

Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin membuat keputusan itu terhadap Sohffian Abu Hassan, 41, setelah berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah. 

Jelas beliau, fakta yang dikemukakan telah membuktikan intipati pembunuhan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 300 Kanun Keseksaan. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang terdahulunya bertugas di Belaga itu didakwa membunuh Siti Nadrah Abdullah, 33, pada 21 Mei 2017, jam 3.15 petang di Kampung Kakai, Serian. 

Dia didakwa di bawah pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menembak mati mangsa dan melarikan diri daripada tempat kejadian menaiki kenderaan polis. 

Tertuduh kemudian memaklumkan kepada polis lokasinya dan dia seterusnya ditangkap di hadapan sebuah pasar raya di Matang, di sini. 

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana marah dan cemburu dengan mangsa yang bermain asmara dengan lelaki lain. 

Berdasarkan rekod polis juga, tertuduh merupakan seorang duda serta tidak mengisytiharkan perkahwinannya kepada mangsa. 

Ibu mangsa berusia 65 tahun yang enggan didedahkan namanya bagaimanapun menegaskan bahawa anak perempuannya telah berkahwin dengan tertuduh. 

Difahamkan juga, peguam yang mewakili tertuduh, CM Sundram dikatakan bakal membuat rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Suk Hui. 

  • oleh
  • Advertisement