Anda di sini

Permohonan penduduk Rumah Udam diluluskan

Advertisement
 Rolland bersama rombongan mengadakan lawatan ke Rumah Udam, Emperan Pedalai, Wong Bar, Julau, kelmarin.
PANTAU: Rolland bersama rombongan mengadakan lawatan ke Rumah Udam, Emperan Pedalai, Wong Bar, Julau, kelmarin.

SARIKEI: Permohonan penduduk bagi kerja-kerja menyimen lantai rumah panjang baharu, Rumah Udam, Emperan Pedalai, Wong Bar, Julau telah diluluskan Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, projek tersebut dibina di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Bagi kerja-kerja menyimen lantai rumah panjang dihuni seramai 14 pintu bilik itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM70,000.

“Kerja-kerja pembinaan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

“Kita akan memantau sepenuhnya projek ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan lancar dan mengikut standard kerja yang ditetapkan,” katanya selepas selesai mengadakan lawatan kerja ke rumah panjang tersebut kelmarin.

Menurut Rolland, pelaksanaan projek itu merupakan salah satu langkah kerajaan negeri membantu penduduk membina rumah panjang baharu.

Katanya kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha membantu rakyat negeri ini dengan pelbagai usaha terutama langkah melonjakkan sosioekonomi ke tahap maksimum.

“Kerajaan sentiasa melakukan dan mengambil langkah terbaik membantu rakyat negeri ini agar dapat bergerak seiring dengan misi pembangunan digerakkan kerajaan.

“Sokongan padu masyarakat kepada kerajaan amat perlu bagi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan dapat berjalan dengan lancar dan dinikmati,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Sarikei Sahrian Abdullah dan Tuai Rumah Udam.

Advertisement