Anda di sini

Isteri Ketua Menteri derma darah jayakan program PBSM Tuaran

Advertisement
 Juliah antara penderma darah yang menjayakan kempen derma darah anjuran PBSM Daerah Tuaran.
DERMA DARAH: Juliah antara penderma darah yang menjayakan kempen derma darah anjuran PBSM Daerah Tuaran.

TUARAN: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag antara penderma darah yang menjayakan kempen derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Tuaran.

Beliau turut gembira melihat sambutan menggalakkan para penderma yang membantu pelaksanaan kempen derma darah itu yang diadakan di sini hari ini.

Juliah berharap lebih banyak program sedemikian dianjurkan pada masa akan datang di daerah ini.

Menurutnya, ia bagi membantu keperluan bekalan darah di Tabung Darah Hopital Tuaran.

 Jahid (dua kiri) mengiringi Juliah (kiri) melawat perderma darah yang lain semasa kempen derma darah itu.
LAWAT: Jahid (dua kiri) mengiringi Juliah (kiri) melawat perderma darah yang lain semasa kempen derma darah itu.

Dalam pada itu, biarpun dalam keadaan pandemik COVID-19, PBSM Daerah Tuaran antara yang aktif dalam mengumpulkan bekalan darah.

Sebanyak lebih 500 pain darah berjaya dikumpulkan membabitkan 26 kempen derma darah yang dianjurkan dari tahun lepas hingga Mac tahun ini.

Setiausaha Agung PBSM Tuaran Keven Lo berkata, semasa kempen berkenaan, pihaknya turut bekerjasama dengan sukarelawan untuk menjahit peralatan pelindung diri (PPE) seperti penutup kasut.

Katanya, setakat ini, PBSM Tuaran menyumbangkan lebih 3,000 pelindung muka dan penutup kasut kepada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, PBSM Tuaran melaksanakan inisiatif berkenaan dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah Persatuan Pengurusan Kuil Taois Yu Huang, Tuaran Buddhist Ling San Mission dan Majlis Belia Sabah (MBS) dengan menyediakan bakul makanan dan barang keperluan kepada semua penderma.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli yang juga Pengerusi PBSM Daerah Tuaran Datuk Jahid Jahim dan isterinya Datin Malianah Ugau; isteri ADUN Kiulu Datin Lucy Irene Yong dan Pengarah Hospital Tuaran Dr G. Mohan Gopal Naidoo.

  • oleh
  • Advertisement