Anda di sini

Nelayan hilang dikhuatiri dibaham buaya

Advertisement
Perahu Alibaba dijumpai di tepi Batang Oya.
Perahu Alibaba dijumpai di tepi Batang Oya.

MUKAH: Seorang nelayan hilang dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Kuala Oya dekat sini ketika menjala udang sekitar pukul 1:00 pagi Sabtu (6 Mac).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata perahu mangsa,  Alibaba Dahri, 52, dijumpai penduduk kampung.

Gerakan mencari dilakukan di sekitar 500 meter dari kawasan perahu mangsa dijumpai.

Bagaimanapun, setakat jam 10 pagi tadi, mangsa belum dijumpai.

  • oleh
  • Advertisement