Anda di sini

231 lagi sekolah rendah dibenarkan operasi secara bersemuka 8 Mac

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Sejumlah 231 sekolah rendah di Sarawak dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac berbanding 814 pada 1 Mac.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibenarkan beroperasi secara bersemuka 1,045.

"Keputusan ini diambil setelah penilaian risiko dibuat dan memenuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia," kata JPBNS menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu 220 sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19 belum dibenarkan beroperasi sehingga 14 Mac.

Berikut merupakan senarai sekolah yang ditangguhkan operasi secara bersemuka sehingga 14 Mac.

__alt__
 
 
 
 
 
  • oleh
  • Advertisement