Anda di sini

‘The Crown’ dominasi kategori TV Anugerah Golden Globe

Advertisement
 Gambar ihsan yang diserahkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Emma Corrin (di skrin) menerima anugerah aktres terbaik siri drama untuk ‘The Crown’ menerusi video daripada Kyra Sedgwick dan Kevin Bacon (kanan) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 yang diadakan pada 28 Februari lepas. — Gambar AFP /NBCUniversal
MENANG BESAR: Gambar ihsan yang diserahkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Emma Corrin (di skrin) menerima anugerah aktres terbaik siri drama untuk ‘The Crown’ menerusi video daripada Kyra Sedgwick dan Kevin Bacon (kanan) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 yang diadakan pada 28 Februari lepas. — Gambar AFP /NBCUniversal

KISAH keluarga diraja British yang ditayangkan di Netflix, ‘The Crown’, mengungguli dalam kategori televisyen semasa Anugerah Golden Globe pada Ahad lepas, memenangi empat hadiah termasuk drama terbaik, sementara ‘Schitt’s Creek’ memperolehi satu lagi kejayaan selepas musim akhirnya.

Ia merupakan satu malam kegemilangan bagi televisyen ketika majlis yang kebanyakan diadakan secara maya melalui perbualan video, skrin kecil di dalam skrin kecil yang membuatkan para penonton muncul berulang-ulang kali di dalam kediaman pelakon dan pengarah di sebalik rancangan utama.

Emma Corrin mendapat anugerah aktres drama televisyen terbaik bagi watak beliau dalam musim keempat rancangan tersebut sebagai mendiang Puteri Diana, sementara Josh O’Connor telah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik kerana menghidupkan watak Putera Charles.

Manakala Gillian Anderson memenangi anugerah aktres pembantu terbaik bagi watak beliau sebagai bekas perdana menteri Margaret Thatcher.

Komedi terkenal Kanada ‘Schitt’s Creek’, yang baru-baru ini menamatkan musim keenamnya, telah memenangi siri komedi terbaik dan aktres terbaik bagi Catherine O’Hara.

Beliau telah melakukan dengan baik untuk mendapat tenaga luar biasa bagi satu majlis secara bersemuka dengan satu acara yang melibatkan suaminya memainkan bunyi tepukan gemuruh menggunakan telefonnya, yang sedikit dirasai agak janggal dan menyebabkan media sosial keliru, ketika beliau menerima anugerah tersebut.

NETFLIX

MENANG BESAR

Siri hit Netflix ‘The Queen’s Gambit’, mengenai seorang pemain catur wanita yatim piatu yang berbakat besar, turut menerima anugerah Globe bagi siri terhad TV terbaik.

Bintangnya Anya Taylor-Joy memenangi aktres siri terhad terbaik selepas berjaya menghidupkan watak pemain catur terkenal dengan isu-isu ketagihan itu.

John Boyega memenangi pelakon pembantu lelaki terbaik dalam satu siri TV bagi wataknya dalam siri antologi bercita-cita tinggi ‘Small Axe’ arahan Steve McQueen, yang mengisahkan tentang kehidupan pendatang Hindia Barat ke London dari 1960 hingga 1980.

Jason Sudeikis mengikuti acara tersebut dari rumah, muncul dalam bualan video dengan memakai baju berhud bagi menerima anugerah untuk pelakon lelaki rancangan komedi televisyen terbaik bagi ‘Ted Lasso’.

Dalam satu ucapan penuh bersemangat, Mark Ruffalo menyeru untuk “mengubah masa lampau yang kejam di negara ini” ketika beliau menerima anugerah bagi pelakon lelaki terbaik dalam siri terhad untuk wataknya dalam ‘I Know This Much Is True’.

Netflix merupakan pemenang besar dalam kategori TV, dengan syarikat gergasi striming itu berjaya membawa pulang enam anugerah.

Namun siri popularnya yang dikecam para pengkritik ‘Emily In Paris’ dan mendapat dua pencalonan Globe, telah mencetus perasaan marah di media sosial selepas pulang dengan tangan kosong.

Tetapi bukan sebelum hos Tina Fey dan Amy Poehler meriuhkan pertunjukan itu mengenai seorang warga Amerika yang naif yang berhijrah ke Perancis untuk bekerja di sebuah syarikat pemasaran, merayau sekitar Paris dalam klise yang hampir-hampir malar.

“’Emily in Paris’ dicalonkan untuk siri TV terbaik, muzikal atau komedi, dan saya salah satunya tidak sabar menunggu ia menang mana satu,” kata Fey. — AFP

Advertisement