Anda di sini

Filem Korea ‘Minari’ rangkul Filem Asing Terbaik Golden Globes

Advertisement
 Gambar ihsan yang dikeluarkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Gal Gadot menyampaikan anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik kepada ‘Minari’ menerusi video kepada Lee Isaac Chung (di skrin) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 pada 28 Februari lepas. Filem yang dibintangi oleh Steven Yeun (gambar kanan) itu menceritakan kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an untuk mengejar impian mereka. — Gambar AFP/NBCUniversal
MENANG: Gambar ihsan yang dikeluarkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Gal Gadot menyampaikan anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik kepada ‘Minari’ menerusi video kepada Lee Isaac Chung (di skrin) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 pada 28 Februari lepas. Filem yang dibintangi oleh Steven Yeun (gambar kanan) itu menceritakan kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an untuk mengejar impian mereka. — Gambar AFP/NBCUniversal

FILEM drama ‘Minari’ berkisar mengenai keluarga pendatang Korea-Amerika dinobatkan filem bahasa asing terbaik di Anugerah Golden Globe Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Filem itu menewaskan ‘Another Round’ dari Denmark, ‘La Llorona’ (Guatemala), ‘The Life Ahead’  (Itali) dan ‘Two of Us’ (Perancis).

Ini adalah tahun kedua berturut-turut filem berbahasa Korea memenangi penghargaan Hollywood Foreign Press Association (HFPA), selepas ‘Parasite’ arahan Bong Joon-ho memenangi Oscar, tahun lalu.

‘Minari’, ditulis dan diarahkan  pengarah Korea-Amerika, menceritakan kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an dan mengusahakan ladang untuk mengejar impian mereka.

Sejak muncul di festival filem Sundance tahun lalu, filem semi-autobiografi Chung itu telah mencuri perhatian dan mampu memberi saingan pada Anugerah Akademi yang dijadual pada April depan.

Sepanjang tahun lalu, ia telah merangkul beberapa gelaran dan pencalonan dari anugerah filem AS, termasuk muzik terbaik, pelakon terbaik dan pelakon pembantu terbaik dalam anugerah Screen Actors Guild.

‘Minari’ turut mencetus kontroversi di AS, kerana HFPA mencalonkannya dalam kategori filem bahasa asing terbaik, bukan dalam filem terbaik, dengan alasan keba-nyakan dialognya ditutur da-lam bahasa Korea.

Ramai dalam kalangan orang hiburan AS berbangsa Korea-Amerika dan Asia mempertikaikan keputusan itu, dengan mengatakan bahawa ‘Minari’ adalah mengenai keluarga Amerika yang dihasilkan oleh pengarah dan syarikat produksi AS. — Bernama

Advertisement