Anda di sini

Tujuh sekeluarga hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

Advertisement
Kediaman tujuh sekeluarga musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut. - Gambar ihsan bomba

SARATOK: Tujuh sekeluarga hilang tempat berteduh apabila kediaman mereka di Kampung Batang Maro di Kabong ranap dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata ketika tiba di lokasi kejadian yang terletak 79 kilometer dari balai, anggotanya mendapati rumah dua tingkat yang berstruktur tidak kekal telah musnah sepenuhnya

"Dalam masa yang sama juga, seorang wanita dewasa telah melecur di bahagian tangan sebelah kanan.

"Usaha mengawal dan seterusnya memadam kebakaran tersebut telah mengambil masa hampir tiga jam," katanya kepada media hari ini.

Rumah itu katanya dihuni tujuh orang ahli keluarga.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.45 pagi.

Menurut Nazry, berdasarkan maklumat awal, kebakaran tersebut bermula di bahagian dapur rumah mangsa.

"Namun demikian, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih dalam siasatan," ujar Nazry.
 

  • oleh
  • Advertisement