Anda di sini

Rentas zon tidak dibenarkan sepanjang lanjutan PKPB 

Advertisement
 

KUCHING: Pergerakan antara zon tidak dibenarkan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak berkuat kuasa 2 hingga 15 Mac 2021. 

Larangan rentas zon ini adalah antara prosedur standard operasi (SOP) terbaharu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). 

Bagaimanapun, katanya bagi perkhidmatan perlu mereka dibenarkan untuk membuat pergerakan antara zon dengan permit polis. 

Bagi pergerakan penduduk pula adalah dibenarkan dalam zon masing-masing kecuali ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). 

“Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan. Namun individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak. 

“Manakala bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian ekonomi/industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan,” katanya. 

Tambahnya, bagi pergerakan kenderaan persendirian, jabatan kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut. 

Manakala aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi. 

“Untuk perkhidmatan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, feri, kapal terbang, teksi/e-hailing dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi (waktu operasi adalah seperti ketetapan) dan berdasarkan kapasiti kenderaan. 

“Perkhidmatan penghantaran makanan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang tempoh lanjutan PKPB,” katanya. 

Advertisement