Anda di sini

Polis Athens lepaskan gas pemedih mata leraikan protes

Advertisement
 Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan protes di Athens pada Jumaat lepas. — Gambar AFP
HALAU: Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan protes di Athens pada Jumaat lepas. — Gambar AFP

ATHENS: Pihak polis di Athens kelmarin melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah pintu masuk stesen metro ketika mereka bergelut dengan penunjuk perasaan yang mempertahankan seorang pembunuh upahan haluan kiri, hampir mati selepas satu mogok lapar yang lama di dalam penjara.

Seorang jurugambar AFP menyatakan polis menembak gas pemedih mata ke dalam sebuah stesen di tengah Athens ketika mereka menghalau beberapa penunjuk perasaan.

Beberapa bantahan telah dilakukan sejak beberapa minggu lepas sebagai sokongan kepada Dimitris Koufodinas, pembunuh utama bagi kumpulan ekstremis November 17, yang menolak makanan selama hampir 50 hari selepas satu permohonan bagi pemindahan penjara ditolak.

Pasangannya dan ibu kepada anak lelakinya, Angeliki Sotiropoulou, memberitahu AFP pada Khamis lepas bahawa lelaki berusia 63 tahun itu sekarang berada dalam “keadaan kritikal” dan “keadaan separa koma”.

Koufodinas ingin mendapatkan satu perpindahan dari sebuah penjara kawalan ketat di Domokos, tengah Greece, ke penjara Korydallos di Athens untuk berada dekat dengan keluarganya.

Pihak berkuasa penjara mempertikaikan bahawa hanya suspek dalam tahanan pra-perbicaraan, bukannya banduan jangka lama, yang ditahan di penjara Korydallos.

Para hakim, peguam dan golongan intelektual Greek telah menandatangani petisyen menyeru kepada pihak berkuasa kehakiman agar menghormati hak Koufodinas.

Para penyokong Koufodinas telah melakukan tunjuk perasaan di luar kediaman Presiden Greek Katerina Sakellaropoulou, dan melakukan kerosakan di pejabat dua orang menteri.

Digelar sebagai ‘Poison Hand’ oleh media Greek, Koufodinas merupakan pembunuh upahan utama dalam organisasi ekstremis haluan kiri November 17 yang telah dimansuhkan pada 2002.

Dia sedang menjalani beberapa hukuman seumur hidup, telah disabitkan bagi 11 pembunuhan.

Kumpulan November 17 telah melancarkan beberapa serangan di antara tahun 1975 dan 2000 yang membunuh 23 orang.

Mangsa mereka termasuk ketua stesen CIA di Athens, beberapa orang ahli perniagaan terkenal Greek, diplomat Turki dan seorang pegawai tentera British.

Salah seorang dari mangsa Koufodinas adalah Pavlos Bakoyannis, seorang anggota perundangan yang merupakan ayah kepada Datuk Bandar Athens Costas Bakoyannis dan abang ipar kepada Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis.

Sebaik sahaja memegang kuasa pada 2019, kerajaan Mitsotakis telah memperketatkan peraturan penjara bagi pesalah jenayah kejam. — AFP

Advertisement