Anda di sini

Peningkatan kes positif COVID-19 disebabkan Kluster Sinsingon

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Peningkatan kes baharu COVID-19 pada 27 Februari kepada 157 kes adalah disebabkan oleh Kluster Sinsingon, Nabawan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu telah menular ke Kota Kinabalu, Beaufort dan Keningau dengan 67 kes dikesan.

"Bilangan yang telah disaring ialah 270 orang berbanding jumlah penduduk seramai 370 
orang merangkumi 65 kes positif, 69 kes negatif dan 61 kes lagi adalah keputusan yang belum diketahui.

"Bagaimanapun tidak ada kes kematian dicatatkan pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pada hari yang sama terdapat seramai 178 pesakit COVID-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,362 orang. 

Pada hari ini juga sejumlah 800 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 263 orang di hospital, 529 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang lagi di  Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara.

Katanya, bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 37 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, berikutan peningkatan kes mendadak di Kg Sinsingon dan Kg Lotong, , Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kedua kawasan berkenaan bermula 27 Februari 2021 hingga 12 Mac 2021.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti," katanya.

  • oleh
  • Advertisement