Anda di sini

Pasar Sentral Sibu kembali beroperasi esok

Advertisement
Pasar Sentral Sibu ditutup sejak 8 Februari. 

SIBU: Pasar Sentral Sibu di Jalan Channel yang ditutup sejak 8 Februari lalu, akan kembali beroperasi esok, (Isnin), kata Kaunselor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Albert Tiang.

Pasar terbesar di Sarawak itu pada mulanya ditutup dari 8 hingga 14 Februari dan dibuka kembali pada 15 Februari, tetapi penutupannya dilanjutkan sehingga 19 Februari berikutan jumlah kes positif COVID-19 yang terus meningkat melibatkan pasar berkenaan.

Namun, tempoh penutupan Pasar Sentral Sibu sekali lagi dilanjutkan selama sembilan hari dari 20 hingga 28 Februari.

Pasar berkenaan yang menjual pelbagai jenis barangan menempatkan 1,100 penjaja.

Tiang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil MPS ketika dihubungi hari ini berkata, para penjaja masih lagi terikat dengan tempoh berdagang mengikut giliran setiap hari.

"Operasi perniagaan penjaja yang mengikut giliran, biasanya kira-kira 500 peniaga akan beroperasi tetapi ramai yang akan mengambil cuti, jadi saya kira jumlahnya sekitar 400," katanya.

  • oleh
  • Advertisement