Anda di sini

Eddie Murphy kembali dengan ‘Coming 2 America’

Advertisement
 

TIGA puluh tahun sebelum ‘Black Panther’, filem klasik komedi tahun 1980-an lakonan Eddie Murphy ‘Coming to America’ telah menepis mitos lama Hollywood bahawa filem yang mempunyai pelakon kulit hitam akan gagal di luar negara; ia memperolehi hampir AS$300 juta di seluruh dunia.

Sekarang, selepas filem pecah panggung adiwira Afrika dari Marvel telah menolak salah faham itu dengan kutipan ‘box office’ bernilai berbilion dolar, Murphy memutuskan sudah tiba masanya untuk satu sekuel iaitu ‘Coming 2 America’ yang akan dikeluarkan pada 5 Mac.

Namun menurut Murphy, kejayaan global bagi dua francais kulit hitam yang dikenal tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kepentingan yang berkembang dalam politik dan sejarah perkauman, atau dalam pergerakan seperti Black Lives Matter pada hari ini – namun sebaliknya dalam penceritaan sejagat dengan cara lama.

“’Coming 2 America’ adalah bukan mengenai mana-mana dari perkara tersebut. Ia adalah mengenai kekeluargaan dan percintaan serta melakukan perkara yang betul dan juga tradisi,” menurut Murphy.

Komen Murphy muncul ketika Hollywood telah melancarkan beberapa buah filem berprestij dibarisi pelakon kulit hitam mengenai pergerakan hak awam yang telah hangat dijangkakan bagi kemenangan anugerah Oscar, termasuk ‘Judas and the Black Messiah’ dan ‘One Night in Miami’.

Sama ada penonton moden global akan memberikan respon terhadap filem ini adalah sukar untuk diagak, dengan panggung wayang masih lagi ditutup dise-babkan oleh COVID-19.

Sememangnya, ‘Coming 2 America’ telah dihasilkan oleh Paramount namun dijual kepada perkhidmatan striming Amazon ketika pandemik.

Bercakap ketika satu hari media baru-baru ini, Murphy menyuarakan rasa bangga bahawa filem asal ‘Coming to America’ merupakan “filem pertama dalam sejarah perfileman yang mempunyai satu barisan semua pelakon kulit hitam yang telah berjaya di seluruh dunia.”

Namun sejak itu anda dapat mengira “dengan satu tangan” bagi filem-filem Hollywood yang telah mengulangi kejayaan antarabangsa, “dan anda akan hanya mempunyai beberapa sahaja yang tinggal lagi,” menurut bintang berumur 59 tahun itu.

“Legasi bagi filem ini adalah ia boleh diterima oleh semua penonton,” tambah Murphy. “Sebab-sebab kenapa filem kami tidak mampu pergi jauh di seluruh dunia adalah kerana kisah kami(hanya) provokatif kepada kami.”

Digambarkan beberapa dekad selepas putera yang terlalu dimanjakan lakonan Murphy datang ke New York dalam pencarian bagi cinta sebenar, ‘Coming 2 America’ melihat pelakon veteran itu memegang watak seorang raja yang telah berusia mencari seorang pewaris lelaki yang lama hilang bagi menyelamatkan kerajaan fiksyen Afrika beliau.

Murphy menyatakan filem baharu beliau berkongsikan DNA diraja dengan filem hit 2018 ‘Black Panther’, yang dibintangi oleh mendiang Chadwick Boseman dan telah dipuji untuk mesej perpaduan pan-Afrika.

“Imej menakjubkan ini bagi raja dan ratu serta puteri kulit hitam... ‘Black Panther’ telah melakukannya,” jelas Murphy.

“Filem pertama adalah ‘Coming to America,’” tambah beliau.

Filem sekuel itu dibintangi oleh ramai golongan royalti berkulit hitam dunia hiburan, daripada pelakon-pelakon seperti Wesley Snipes, Tracy Morgan dan James Earl Jones ke sejumlah tetamu muzikal berprofil tinggi yang membuat kemunculan mengejutkan.

“Biar saya katakan di sini bahawa tidak ada seorang pun pelakon berkulit hitam, yang tua, pertengahan usia atau muda, di pekan ini, atau mana-mana pekan, yang mahu terlepas peluang untuk berada dalam filem ini,” kata pelawak Luenell, yang turut membintangi.

Bagi menambah perasaan dinasti itu, anak perempuan Eddie, Bella, muncul sebagai salah seorang puteri muda Amazon.

Pelakon berusia 19 tahun itu mengakui kepada para wartawan bahawa dia bimbang apabila harus memukul “Wesley Snipes di kepala” semasa satu adegan pertarungan yang sukar dilupakan dengan legenda filem aksi ‘Blade’ itu, namun dia terdesak untuk turut serta dalam filem tersebut selepas menyaksikan ayahnya dalam filem asal.

“Sungguh hebat melihat ayah saya seperti itu, kerana ia adalah kali pertama saya melihat imej royalti kulit hitam di skrin... dan lebih hebat lagi ia adalah ayah saya,” katanya. “Saya merasa sungguh berkuasa.”

Filem itu melakukan penggambaran di Tyler Perry Studios, kampus produksi terlindung seluas 330 ekar (130 hektar) yang terletak di pangkalan tentera Gabungan era Perang Saudara di Atlanta, Georgia yang dimiliki oleh mogul hiburan kulit hitam Perry.

“Ia penuh keajaiban, melihat saudara menciptakan ini,” kata pelakon bersama Arsenio Hall yang kembali menghidupkan wataknya dalam filem itu.

“Ada hari di mana saya berdiri bersama Tracy Morgan, dan Leslie [Jones]... di tanah Tyler Perry ini, ketawa semahu-mahunya. Ia adalah pengalaman yang terhebat,” tambahnya.

‘Coming 2 America’ akan dilancarkan di seluruh dunia di Prime Video bermula 5 Mac depan. — AFP

Advertisement