Anda di sini

COVID-19: Pakan kembali hijau, 27 kluster masih aktif di Sarawak 

Advertisement
 

KUCHING: Daerah Pakan hari ini bertukar ke status hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daerah Julau dan Subis pula bertukar ke status jingga setelah masing-masing merekodkan 40 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Daerah Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,580 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Sementara daerah Selangau, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 157 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi 11 daerah iaitu Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Lundu, Saratok, Sebauh, Tatau, Serian dan Belaga kata JPBNS, ia kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 86 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala 13 daerah lain di negeri ini kekal berstatus hijau,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan sebanyak 27 kluster yang masih aktif di negeri ini.

Kluster yang masih aktif itu ialah Kluster Buloh, Selangau; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jalan Muhibbah, Betong; Kluster Emperoh Jambu, Kuching; Kluster Sungai Bakong, Meradong; Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit dan Kluster Geronggang, Sibu. 

Juga masih aktif Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista di Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu dan Kluster Bintang Daily, Meradong. 

Lagi kluster masih aktif Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluser Tangap di Subis. 

Berkenaan notis kompaun pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 50 kompaun di daerah Kuching (31), Miri (11), Padawan (4), Kapit (2) dan Limbang (2) kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan tiga kompaun di bawah pihak berkuasa tempatan seliaan mereka.
 

Advertisement