Anda di sini

Buaya sepanjang 10 kaki ditangkap di Bekenu

Advertisement
Buaya sepanjang 10 kaki yang berjaya ditangkap di Kampung Sulap Lada, Bekenu malam tadi.
Buaya sepanjang 10 kaki yang berjaya ditangkap di Kampung Sulap Lada, Bekenu malam tadi.

MIRI: Seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap penduduk di sungai berhampiran Kampung Sulap Lada, Bekenu dekat sini malam Sabtu. 

Berikutan kejayaan itu, pasukan bomba dipanggil membantu Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk mengikat dan mengangkat buaya tersebut. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan terbabit kira-kira jam 8 malam. 

"Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah bergerak ke lokasi yang jaraknya 21 kilometer dari balai bomba. 

"Setibanya pasukan bomba di lokasi didapati seekor buaya sepanjang lebih kurang 10 kaki telah ditangkap di sungai berdekatan Kampung Sulap Lada oleh orang kampung.

"Pasukan terus membantu pihak SFC untuk mengikat dan mengangkat buaya tersebut untuk tindakan pihak tersebut selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan media.

Operasi tersebut tamat kira-kira jam 8.57 malam. 
 

  • oleh
  • Advertisement