Anda di sini

Azizah terus dekati rakyat memerlukan

Advertisement
 Azizah (tiga kiri) menyampaikan sumbangan peralatan dan kelengkapan baikpulih rumah kepada salah sebuah keluarga di Kuala Penyu.
BANTU: Azizah (tiga kiri) menyampaikan sumbangan peralatan dan kelengkapan baikpulih rumah kepada salah sebuah keluarga di Kuala Penyu.

KUALA PENYU : Bantuan demi bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan khususnya mereka yang terkesan serta terjejas pendapatan akibat wabak pandemik yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Di saat kesukaran ketika ini, ramai di antara mereka menerima bantuan bakul makanan bagi meringankan beban mereka untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh yang mencabar dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Bagi mereka yang bergantung pendapatan setiap hari, ianya sudah pasti bertambah mencabar apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha menangani penularan COVID-19.

Namun begitu, golongan yang terkesan sentiasa dikenalpasti dan dibantu oleh kerajaan dan wakil rakyat masing-masing bagi meringankan beban mereka sekaligus memberikan mereka harapan untuk meneruskan kehidupan.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang sering bergerak menemui rakyat di akar umbi kali ini melaksanakan program baik pulih rumah kepada golongan sasar bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Program baikpulih rumah kali ini akan memberikan keceriaan dan sinar baharu kepada dua buah keluarga di Kuala Penyu masing-masing di Kampung Menunggang dan Kampung Parit Kerukan.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), Azizah telah menyampaikan peralatan dan kelengkapan baikpulih rumah kepada Julitnih Mart (Kg Menunggang) dan Shah Rizal Abdullah (Kg Parit Kerukan) baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan peralatan dan kelengkapan baikpulih rumah kepada dua buah keluarga di Kuala Penyu itu diyakini mampu mengurangkan beban mereka dan pada masa sama dapat memberikan mereka keselesaan dalam meneruskan kehidupan.

Justeru Azizah berharap bantuan itu secara tidak langsung dapat memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berusaha serta fokus meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement