Anda di sini

1,397 petugas barisan hadapan Semporna akan terima suntikan vaksin

Advertisement
 Vaksin fasa pertama tiba di Semporna.
VAKSIN : Vaksin fasa pertama tiba di Semporna.

SEMPORNA: Seramai 1,397 petugas barisan hadapan di daerah ini akan diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 bermula Mac ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata  vaksin tersebut tiba di Semporna kelmarin (Sabtu) dengan diiringi polis melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau dan Tawau sebelum tiba di Semporna.

"Kumpulan pertama vaksin ini akan disimpan di Klinik Kesihatan Semporna dan seramai 1,397 petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin dos pertama pada Mac ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di Tawau, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Arnold Joibi berkata pihaknya sudah mengenal pasti sembilan lokasi di Tawau termasuk Kalabakan bagi melaksanakan program vaksinasi itu.

"Ini termasuk penyediaan tempat untuk program imunisasi fasa pertama yang akan dilaksanakan Mac nanti," katanya.

Terdahulu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 peringkat Sabah akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor, yang akan menjadi penerima pertama vaksin itu di Sabah pada 4 Mac ini.

  • oleh
  • Advertisement