Anda di sini

Tiong berjaya mohon bantuan RM1 juta untuk petani di kawasan Dudong

Advertisement
 Teo (tengah) menyerahkan bantuan kepada seorang petani sambil disaksikan oleh Sofri (empat kiri) serta yang lain di Sibu, baru-baru ini.
UNTUK PETANI: Teo (tengah) menyerahkan bantuan kepada seorang petani sambil disaksikan oleh Sofri (empat kiri) serta yang lain di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing telah berjaya memohon bantuan pertanian berjumlah RM1 juta untuk petani di kawasan Dudong.

Dalam kenyataan medianya semalam, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, bantuan tersebut termasuk baja, racun perosak dan peralatan penyembur.

Bantuan itu katanya, telah mula diagihkan pada awal minggu ini yang diserahkan oleh Pengerusi PDP Bahagian Dudong Kaunselor Teo Boon Siew kepada para petani bagi mewakilinya.

Sementara itu, Teo berkata seramai 22 petani telah menerima bantuan tersebut merangkumi baja dan racun perosak.

Beliau menambah, lebih banyak bantuan pertani-an akan diberikan kepada petani secara berperingkat.

Jelasnya, pemberian itu sedang diproses sekarang.

“Setelah kami menerima (bantuan), kami akan meng-agihkannya tanpa penangguhan untuk membantu meringankan beban petani yang terjejas,” katanya.

Pada majlis penyerahan bantuan tersebut turut di-saksikan oleh Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Sibu Sofri Tegong.

Advertisement