Anda di sini

Saya tiada kesan sampingan selepas divaksin - Abang Johari

Advertisement
Abang Johari, Uggah dan tetamu kehormat lain pada sidang media. - Gambar oleh Roystein Emmor
Abang Johari, Uggah dan tetamu kehormat lain pada sidang media. - Gambar oleh Roystein Emmor

 KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkongsi pengalamannya menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama di Klinik Kesihatan, Petra Jaya semalam.

“Suntikan vaksin Pfizer- BioNTech adalah selamat, malah dari semalam saya tidak ada kesan sampingan bahkan berasa lebih cergas lagi,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau dijadualkan menerima dos kedua vaksin yang sama pada 19 Mac nanti.

“Pesanan saya kepada seluruh rakyat Sarawak jangan takut untuk mendaftar dan tampil bagi menerima suntikan vaksin yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Bagi individu yang tidak mempunyai isu kesihatan, mereka perlu menerima vaksin ini,” katanya.

Beliau menambah, penduduk Sarawak boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau pejabat daerah atau klinik kesihatan, ketua kaum atau kapitan di tempat masing-masing untuk mendapatkan vaksin  berkenaan.

“Kita menyasarkan untuk memberi vaksin kepada dua juta rakyat Sarawak dan 200,000 bukan warganegara.

“Program tersebut akan dilaksanakan dalam tiga fasa dalam tempoh masa tujuh bulan dari Februari hingga Ogos tahun ini,” katanya.

Ujarnya, pemberian vaksin adalah tertakluk kepada bekalan.

Turut hadir pada sidang media, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

  • oleh
  • Advertisement