Anda di sini

Sarawak serahkan kepada pakar mengenai vaksin lain

Advertisement
 

KUCHING: Kerajaan Sarawak  akan meminta nasihat daripada pakar mengenai jenis vaksin lain yang boleh digunakan dalam program imunisasi COVID-19 selain Pfizer- BioNTech.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata buat masa ini Sarawak hanya menumpukan kepada vaksin jenis Pfizer- BioNTech.

"Namun, jika Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berpendapat jenis vaksin lain boleh digunakan, kita akan melihat dan menelitinya secara terperinci.

“Itu semua bergantung kepada keputusan NPRA,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, hari ini.

Beliau menegaskan mana-mana vaksin yang digunakan di sini, mesti disahkan oleh pihak NPRA dan mengikut undang-undang.

"Sekiranya mereka (pakar) mengatakan bahawa vaksin lain selamat digunakan dan tidak menyebabkan bahaya, maka kita akan menggunakannya. Kita akan menyerahkannya kepada pakar kerana mereka yang akan membuat keputusan akhirnya," kata Abang Johari.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak akan diberi nasihat oleh kumpulan penasihat vaksin COVID-19 sendiri.

"Jawatankuasa ini diketuai oleh bekas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Prof Datuk Dr Andrew Kiyu Dawie dan dianggotai oleh 11 pakar kesihatan.

"Kumpulan ini akan memberi nasihat kepada kerajaan negeri mengenai vaksin," kata Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)

  • oleh
  • Advertisement