Anda di sini

Safiee antara terawal terima vaksin di Daro

Advertisement
Safiee (barisan depan, empat kiri) bersama yang lain setelah selamat divaksin petang semalam.
Safiee (barisan depan, empat kiri) bersama yang lain setelah selamat divaksin petang, semalam.

MUKAH: Ahli Dewsn Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad telah selamat menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dos pertama untuk fasa pertama petang, semalam.

Turut menerima suntikan adalah Pengarah Hospital Daro Dr Al Husna Dahyan, Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman Seli, Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda, Ketua Balai Bomba Daro MohdNorAbdullah, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Daro Lt. Mohd Najib Mohidden dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daro Awang Dasuki Awang Dol.

Seramai 66 orang penerima dos pertama untuk fasa pertama di Daerah Daro petang semalam.

Mereka terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga petugas barisan hadapan.

Sebelum proses suntikan, satu taklimat telah diberikan oleh Dr Al Husna kepada semua penerima suntikan.

Setelah suntikan, semua penerima vaksin juga telah dipantau selama 15 hingga 20 minit dan tidak mendapat sebarang keaulitan serta tidak ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku.

Seramai 16, 578 penduduk secara keseluruhannya telah mendaftar sehingga kini untuk menerima vaksin dimaksudkan dibawah Program Immunisasi Kebangsaan.

  • oleh
  • Advertisement