Anda di sini

Ramai banduan maut dalam cubaan lari dari penjara Haiti

Advertisement
 Beberapa banduan dibawa di belakang sebuah trak kembali ke penjara Croix-des-Bouquets selepas mereka melarikan diri yang menyebabkan beberapa orang terbunuh kelmarin. — Gambar AFP
DITANGKAP SEMULA: Beberapa banduan dibawa di belakang sebuah trak kembali ke penjara Croix-des-Bouquets selepas mereka melarikan diri yang menyebabkan beberapa orang terbunuh kelmarin. — Gambar AFP

PORT-AU-PRINCE: Beberapa orang  telah terbunuh kelmarin di Haiti, termasuk pengarah sebuah penjara di subbandar  ibu negeri Port-au-Prince, selepas beberapa banduan cuba memboloskan diri, menurut pihak polis.

“Inspektor bahagian Paul Hector Joseph, yang bertanggungjawab ke atas penjara Croix des Bouquets, telah terkorban di dalam penjara,” Gary Desrosiers, jurucakap bagi polis negara Haiti, memberitahu AFP.

“Beberapa orang berjaya memboloskan diri,”tambah beliau, tanpa memaklumkan jumlahnya.

Sekurang-kurangnya enam orang telah ditembak mati di jalan raya berhampiran penjara, menurut seorang jurugambar AFP.

Identiti mangsa tidak dapat dipastikan.

Sekitar waktu sebelum tengah hari, beberapa banduan di penjara di pusat bandar menyatakan mereka telah mendengar bunyi  tembakan.

 Anggota polis berkawal di sebelah mayat banduan yang ditembak mati selepas mereka melarikan diri dari penjara Croix-des-Bouquets kelmarin. — Gambar AFP
DITEMBAK MATI: Anggota polis berkawal di sebelah mayat banduan yang ditembak mati selepas mereka melarikan diri dari penjara Croix-des-Bouquets kelmarin. — Gambar AFP

Gambar dan rakaman video mneunjukkan beberapa lelaki memboloskan diri dari penjara yang segera ditularkan di media sosial.

Beberapa pekerja di sebuah kedai pakaian terpakai terletak di sebuah pasar berhampiran dengan penjara memberitahu seorang jurugambar AFP bahawa mereka telah dipaksa agar menyerahkan barang-barang mereka kepada banduan yang melepaskan diri.

Satu pasukan polis yang ramai telah dikerahkan ke penjara, merampas kawalan ke atas bangunan itu pada waktu tengah hari.

Pada 2014, lebih 300  banduan berjaya memboloskan diri dari penjara berkawalan ketat, yang dibina dengan pembiayaan dari Kanada dan dibuka pada tahun 2012. — AFP

Advertisement