Anda di sini

Penduduk Rumah Unsan terima bakul makanan

Advertisement
 Aktiviti penghantaran bakul makanan kepada penduduk rumah  panjang di Rumah Unsan, Nanga Beduie, Julau oleh JKM dengan kerjasama bomba dan Pejabat Daerah Julau.
BANTUAN MAKANAN: Aktiviti penghantaran bakul makanan kepada penduduk rumah panjang di Rumah Unsan, Nanga Beduie, Julau oleh JKM dengan kerjasama bomba dan Pejabat Daerah Julau.

JULAU: Penduduk Rumah Unsan, Nanga Beduie, Julau yang terkesan akibat sekatan pergerakan menerima sumbangan bakul makanan, semalam.

Sumbangan tersebut adalah dari Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Julau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, dalam menjayakan program ini, pihak bomba bekerjasama dengan JKM dari segi kemudahan pengangkutan untuk membawa bantuan tersebut.

“Kita dimaklumkan sebanyak 75 pek makanan telah berjaya dihantar kepada penduduk rumah panjang terbabit.

“Bagi menghantar dan membawa bantuan tersebut, pihak bomba menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda bersama dengan empat anggota,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Tujuan utama bantuan makanan ini disalurkan adalah untuk membantu meringankan beban penduduk di lokasi tersebut yang tidak dibenarkan keluar dari rumah panjang kerana sedang menjalani perintah kuarantin wajib.

Turut hadir kakitangan JKM Daerah Julau dan kakitangan Pejabat Daerah Julau.

Advertisement