Anda di sini

Pemimpin peringkat akar umbi perlu teruskan usaha pembangunan sukan

Advertisement

LAHAD DATU: Usaha pembangunan sukan perlu terus giat dijayakan terutama di peringkat kampung.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Segama, Mizma Appehdullah berkata peranan itu perlu diberi perhatian khusus pemimpin di peringkat kampung, mukim dan daerah dalam memastikan budaya hidup sihat dan cergas menjadi amalan masyarakat.

"Pelbagai kemudahan bersukan telah wujud di kampung-kampung dan ianya perlukan perancangan dan pengendalian penggunaan dan aktivitinya agar ianya terus memberi manfaat.

"Perancangan pembangunan kemudahan sukan yang berkesan juga diperlukan bagi memastikan sasaran aktiviti bersukan memberi dan mencapai sasaran di kampung-kampung," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke lapang sasar sukan memanah di Kampung (Kg) Tabanak, di sini, kelmarin.

Dalam lawatan itu Mizma menyumbang sejumlah bantuan untuk dimanfaatkan persatuan bagi melaksanakan pembangunan dan aktiviti sukan memanah di situ pada masa akan datang.

Beliau memuji usaha Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tabanak Rafee Wahid dan Ketua Kampung Datu Ariffin kerana memberi komitmen yang baik bagi memastikan kemudahan lapang sasar memanah di kampung itu diwujudkan. 

Katanya, usaha yang mereka lakukan itu bukan sahaja mengangkat sukan sunnah malah diyakini mampu memberi manfaat kepada penduduk kampung seterusnya menggalak aktiviti sihat khususnya golongan belia.

"Saya telah berkesempatan melawat dan meninjau lapang sasar memanah ini kelmarin. 

"Kawasan ini memang amat sesuai, selesa dan tinggi dengan aspek keselamatan yang diperlukan bagi sukan ini," katanya.

Kelmarin, satu lagi lapang sasar sukan memanah yang wujud di Kampung Segama turut dilawati dan Mizma merakamkan penghargaan untuk mengangkat sukan itu yang melibatkan peranan Norsima Abdul Hakim dan Jamatia Tuyun.

  • oleh
  • Advertisement