Anda di sini

Pembukaan semula sekolah, ibu bapa berbeza pendapat

Advertisement

BINTULU: Ibu bapa memberi pendapat berbeza me-ngenai pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini susulan kebimbangan me-ngenai pandemik COVID-19 yang masih menular.

WENNY
WENNY

Seorang ibu, Wenny Ca-therina, 33, berkata, beliau sebenarnya bimbang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah minggu depan.

Katanya, ini kerana ada anak-anaknya yang tidak pandai jaga prosedur operasi standard (SOP) semasa ber-ada di sekolah, tetapi percaya guru-guru akan menjaga mereka sebaiknya.

“Begitupun bagi saya, lebih bagus mereka pergi sekolah daripada belajar dari rumah, tambahan pula anak saya akan menduduki peperiksaan Tahun Enam.

“Justeru, pembukaan sekolah ini diharap dapat memberi kesan baik kepada anak-anak untuk belajar secara bersemuka dengan guru.

“Cuma harapan saya sebagai ibu bapa, guru-guru dapat menjaga anak-anak kita dengan baik mengikut SOP semasa di sekolah serta berharap COVID-19 ini ber-akhir dengan cepat supaya anak-anak dapat bersekolah seperti biasa,” katanya se-masa dihubungi Utusan Borneo semalam.

TUAI RUMAH ITAM
TUAI RUMAH ITAM

Tuai Rumah Itam Ujok, 49, dari Jalan Tatau-Sibu pula berpendapat sesi pembukaan sekolah patut ditangguhkan terlebih dahulu kerana penularan pendemik COVID-19 masih berlaku.

“Yang paling penting ialah keselamatan dan nyawa anak-anak kita. Apa guna sekolah tinggi kalau nyawa melayang? Harapan saya agar kerajaan dapat me-nimbang semula keputusan ini dan membatalkan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini.

“Banyak altenatif lain untuk mengajar anak-anak sekolah,” tambahnya.

LILY MASHITAH
LILY MASHITAH

Lily Mashitah Abdullah, 31, berkata, pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini wajar ditangguhkan sehingga vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech diberikan kepada seluruh komuniti dalam masa terdekat.

“Sekurang-kurangnya (pembukaan sekolah dibuat) sekiranya tiada kes jangkitan dalam tempoh sebelum pemberian vaksin kerana keadaan itu lebih selamat.

“Bagaimanapun, sekiranya sekolah tetap dibuka kita tiada pilihan melainkan membenarkan anak kita bersekolah tetapi perlu mengikut SOP ketat yang ditetapkan,” katanya.

MASTURA
MASTURA

Sementara itu, Mastura Hussin, 35, juga berpendapat pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini harus ditangguhkan memandangkan graf kes jangkitan COVID-19 dalam keadaan turun naik di negeri ini.

“Saya cuma berharap kita sebagai ahli masyarakat sama-sama membantu antara satu sama lain dengan menjaga SOP untuk membendung penularan wabak ini supaya sesi persekolahan dapat dibuka seperti biasa,” katanya.

YUSTINA
YUSTINA

Berbeza pula bagi Yustina Embok, 30, dari Rumah Sulang Kilometer 2 Sungai Kelawit, Tatau yang menyifatkan pembukaan semula sekolah sebagai baik untuk anak-anak terutamanya yang lama tidak bersekolah secara bersemuka dengan guru.

Menurutnya, anak-anak lebih memahami sesuatu pembelajaran secara bersemuka dengan guru.

“Saya amat berharap anak-anak akan dapat kembali ke sekolah seperti biasa dengan mematuhi SOP ditetapkan. Saya juga berharap agar COVID-19 ini lenyap,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19 akan dibuka semula bermula pada 1 Mac ini.

Beliau berkata, keputusan itu melibatkan murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Ta-hun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.

“Pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April, manakala pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan B pada 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksa-an Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement