Anda di sini

Edar dadah: Buruh terlepas hukuman gantung

Advertisement
 Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di George Town semalam melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas. — Gambar Bernama
LEGA: Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di George Town semalam melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Seorang buruh semalam terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tang Chin Tart, 56, pada akhir kes pendakwaan.

Mohd Radzi dalam penghakimannya berkata, mahkamah menolak ketera-ngan yang dikemukakan oleh pegawai tangkapan dan penolong pegawai tangkapan kerana terdapat banyak percanggahan, selain pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Tang didakwa mengedar 2,601 gram dadah jenis Monoacetylmorphine dan heroin di sebuah rumah di Lebuh Sungai Pinang pada jam 10.15 malam, 8 Mei 2017.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Teh Li Siew manakala Tang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan V. Santhiran.

Tang yang berbaju-T putih dan seluar putih kelihatan gembira de-ngan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada peguamnya di luar mahkamah. — Bernama

Advertisement