Anda di sini

Datuk bandar New York tuntut dakwaan gangguan seksual Cuomo disiasat

Advertisement
CUOMO
CUOMO

NEW YORK: Datuk bandar Kota New York kelmarin menyertai sekumpulan ahli politik yang menyeru bagi satu siasatan mengenai tuduhan gangguan seksual yang dilakukan terhadap Gabenor Andrew Cuomo.

Lindsey Boylan, seorang bekas pembantu kepada Cuomo, menuduh gabenor itu telah mengganggunya secara seksual ketika beliau bertugas untuk pentadbirannya dari tahun 2015 hingga 2018 dalam satu kenyataan blog disiarkan pada Rabu lepas.

Beliau menyatakan Cuomo telah menciumnya di bahagian mulut tanpa kebenarannya, mencadangkan mereka bermain poker semasa satu penerbangan dan “melampaui batasnya dengan menyentuh saya di bahagian bawah belakang, lengan dan kaki.”

Pihak pejabat Cuomo me-nyatakan dalam satu kenya-taan bahawa “dakwaan Boylan bagi tingkah laku yang tidak senonoh adalah hanya tuduhan palsu.”

Semasa Boylan mula me-nuduh Cuomo bagi gangguan seksual, tanpa memberikan  maklumat, dalam satu ciapan pada Disember, gabenor Demokratik ber-usia 63 tahun itu menyata-kan ia adalah “tidak benar sama sekali.”

“Kami memerlukan satu siasatan yang penuh dan bebas,” menurut Datuk Bandar Bill de Blasio, seorang anggota Demokrat dan musuh lama gabenor itu.

“Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius. Kami perlu untuk mengetahui perkara yang sebenarnya,” de Blasio memberitahu wartawan.

Tina Tchen, presiden bagi Time’s Up Foundation yang berkempen menentang gangguan seksual, menyatakan pentadbiran Cuomo “harus melakukan satu siasatan yang penuh dan bebas mengenai dakwaan tersebut dengan segera.”

Cuomo menjadi seorang bintang negara pada musim bunga lepas dengan kenya-taan secara lantangnya namun bersikap empatetik terhadap COVID-19 yang berbeza dengan pendekatan presiden ketika itu Donald Trump yang tidak dapat diterima mengenai pandemik itu.

Namun tuduhan mengenai gangguan muncul ketika beliau berdepan keadaan yang semakin tegang mengenai cara beliau menguruskan COVID-19 di rumah-rumah penjagaan orang tua di wilayahnya.

Pendakwa raya persekutuan New York telah membuka satu siasatan awal mengenai sama ada pentadbirannya sengaja menutupi jumlah kematian di rumah-rumah penjagaan orang tua.

Kerajaannya telah dipaksa untuk mengubah semula angka kematian meningkat daripada 8,500 kepada 15,000, selepas pendakwa raya negeri New York, Letitia James menyatakan pihak pentadbiran telah meman-dang remeh angka sebanyak beberapa ribu.

Cuomo juga berdepan tuduhan bahawa beliau seorang pembuli, selepas anggota perundangan negeri Ron Kim menyatakan gabenor telah berjanji akan “memus-nahkannya” kerana menye-rangnya di rumah penjagaan orang tua.

Cuomo telah menjadi ga-benor New York selama beberapa tahun. Penggal ketiganya dijangka akan tamat pada 2022.

Beliau berdepan perbalahan yang kerap dengan anggota sayap kiri Parti Demokratik. — AFP

Advertisement