Anda di sini

COVID-19: 255 kes positif, satu kematian di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Kes positif baharu COVID-19 yang dikesan di Sarawak terus mencatat tiga angka hari ini (27 Feb) iaitu 255 kes dengan satu lagi kematian dilaporkan di Sibu. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 9,374 kes, manakala kes kematian meningkat kepada 81. 

“Kes kematian ke-81 merupakan lelaki tempatan berumur 77 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu. Kes didapati positif pada 13 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia hari ini berikutan keadaan kesihatan merosot,” katanya menambah kes kematian ini melibatkan Kluster Geronggang di Sibu. 

Mengenai kes positif yang dikesan hari ini, Sibu mencatatkan kes tertinggi (106), Selangau (67), Miri (26), Kapit (22), Bintulu (13), Kuching (12), Betong (11), Kanowit (9), Sri Aman (8), Dalat (5), Bukit Mabong (5), Bau (4), Pusa (2), Saratok (2), Meradong, Sarikei dan Subis masing-masing satu. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat 242 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Miri (98), Hospital Sibu (77), PKRC di bawah Hospital Kapit (46), Hospital Umum Sarawak (11), Hospital Bintulu (8) dan Hospital Sarikei (2). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 6,862 orang atau 73.20 peratus dari jumlah keseluruhan kes di Sarawak. 

Hari ini terdapat 256 orang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan tiga PUI masih menunggu keputusan ujian makmal. 

  • oleh
  • Advertisement