Anda di sini

Abdullah pesan ambil vaksin tanpa was-was

Advertisement
Abdullah ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan.
Abdullah ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan. - Gambar Penerangan.

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol hari ini (27 Feb) menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. 

Beliau menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Stadium Perpaduan.

Abdullah berkata beliau menerima vaksin tanpa rasa was-was.

"Bukan hanya kerana untuk melindungi diri semata-mata tetapi juga untuk melindungi orang terdekat seperti keluarga dan mereka yang sering kita jumpa. 

"Tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat memerlukan saya untuk sering turun ke lapangan dan berjumpa dengan ramai orang.

"Maka saya rasa adalah juga menjadi tanggungjawab moral saya untuk melindungi diri dari ancaman virus ini supaya tidak menjangkiti orang lain," katanya ketika ditemui di Stadium Perpaduan.

Menurutnya, dalam masa sama orang ramai mesti mula untuk membiasakan diri dengan norma kehidupan baru yang lebih mementingkan kebersihan diri dan patuh garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

"Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk tidak mudah terpengaruh atau terganggu dengan segelintir orang yang cuba untuk menimbulkan keresahan dan mengelirukan tanpa alasan yang masuk akal," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement