Anda di sini

Sesi persekolahan di 9 daerah ditangguh

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Sesi persekolahan di sembilan daerah di Sarawak ditangguh selama dua minggu, demikian menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini (26 Feb).

Penangguhan berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac, membabitkan sembilan daerah iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Ia diputuskan JPBNS dengan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan setelah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat," kata JPBNS.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini mengumumkan pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara bermula 1 Mac.

Sementara itu, JPBNS juga telah mewujudkan satu jawatankuasa di bawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi memastikan sesi persekolahan di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Advertisement