Anda di sini

Murtad: Polis Johor masih kesan suspek

Advertisement
 Ayob Khan (dua kanan) bersama Khaw (kanan) melihat kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) pada majlis penyerahan kenderaan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru semalam. Polis Johor menerima sebanyak 34 buah kenderaan Toyota Hilux bernilai RM5.3 juta itu adalah untuk kegunaan Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini. — Gambar Bernama
LIHAT: Ayob Khan (dua kanan) bersama Khaw (kanan) melihat kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) pada majlis penyerahan kenderaan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru semalam. Polis Johor menerima sebanyak 34 buah kenderaan Toyota Hilux bernilai RM5.3 juta itu adalah untuk kegunaan Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Polis masih mengesan seorang lelaki yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam sehingga menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sudah me-ngambil keterangan daripada bapa dan kakak suspek ma-sing-masing berusia 64 dan 34 tahun untuk membantu siasatan.

“Mengikut keterangan bapa dan kakaknya, suspek berumur 29 tahun itu sudah lama tidak tinggal di rumah yang diperiksa polis tempoh hari,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan 34 kereta Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 kepada kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Ayob Khan memberi jaminan bahawa kes itu akan disiasat secara telus, adil dan saksama mengikut undang-undang dan orang ramai dinasihatkan supaya ‘tidak memanaskan’ keadaan de-ngan mengeluarkan kenyata-an atau provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dalam negara khususnya di negeri ini.

Video berdurasi tiga minit dan 26 saat yang menunjukkan seorang lelaki me-ngaku memurtadkan seorang perempuan Islam dipercayai isterinya, tular menerusi media sosial.

Susulan itu, satu pemeriksaan telah dijalankan polis di sebuah rumah di Perjiranan Dato Onn, Bandar Dato Onn di sini pada 19 Februari lepas susulan maklumat bahawa orang ramai telah berkumpul di rumah itu kerana mengesyaki suspek berada di kediaman berkenaan.

Namun ketika pemeriksaan dibuat, hanya bapa dan kakak suspek yang berada di rumah itu.

Sementara itu, berkenaan program yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin itu, Ayob Khan berkata kesemua kenderaan pacuan empat roda bernilai RM5.3 juta itu akan diagihkan ke semua Ibu Pejabat Polis Daerah negeri ini bagi menggantikan ken-deraan Land Rover yang telah lama digunakan polis.

“Kenderaan ini akan digunakan bagi tujuan ope-rasi yang telah dilengkapi dengan pelbagai aksesori tambahan seperti ‘weapon bracket’, radio kawalan jauh dan kamera kenderaan,” katanya. — Bernama

Advertisement