Anda di sini

Korban bot karam di Mesir meningkat 14 orang

Advertisement
 Anggota penyelamat menjalankan operasi untuk mencari mangsa terselamat selepas sebuah bot karam di Tasik Mariout, 20 kilometer dari bandar Iskandariah pada Selasa lepas. — Gambar AFP
OPERASI MENYELAMAT: Anggota penyelamat menjalankan operasi untuk mencari mangsa terselamat selepas sebuah bot karam di Tasik Mariout, 20 kilometer dari bandar Iskandariah pada Selasa lepas. — Gambar AFP

KAHERAH: Pasukan penyelamat menjumpai mayat seorang remaja berusia 16 tahun di lokasi kejadian sebuah bot nelayan terbalik di utara Mesir, menjadikan angka kematian setakat ini 14 orang, lapor Agensi Anadolu.

Bot yang membawa 20 penumpang itu termasuk wanita dan kanak-kanak, terbalik pada Isnin malam di Tasik Mariout, di barat  Iskandariah, memetik akhbar harian Mesir, Al-Ahram kelmarin.

Sebelum ini pihak berkuasa menyatakan jumlah kematian seramai 12 orang dan tujuh lagi dilaporkan hilang.

Punca kejadian belum dapat dipastikan tetapi media tempatan melaporkan kebanyakan bot yang menjalankan aktiviti di perairan itu beroperasi tanpa lesen. — Bernama

Advertisement