Anda di sini

Abang Johari terima suntikan vaksin COVID-19

Advertisement
Abang Johari menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di KK Petra Jaya hari ini. Gambar PENERANGAN
Abang Johari menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di KK Petra Jaya hari ini. Gambar PENERANGAN

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Sarawak yang bermula hari ini.

Suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech diterima Abang Johari di Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya di sini yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi negeri ini.

Abang Johari tiba di klinik kesihatan itu pada kira-kira jam 3.00 petang dan diberi konsultasi sebelum persetujuan untuk menerima suntikan vaksin.

Sebaik menerima suntikan, Abang Johari dibawa ke ruangan khas bagi pemerhatian  selama kira-kira 15 hingga 30 minit sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Abang Johari (dua kiri) mendaftar sebelum menerima suntikan vaksin di KK Petra Jaya hari ini. Gambar PENERANGAN
Abang Johari (dua kiri) mendaftar sebelum menerima suntikan vaksin di KK Petra Jaya hari ini. Gambar PENERANGAN

Turut menerima suntikan dos pertama COVID-19 hari ini Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing. 

Fasa pertama bagi program imunisasi di Sarawak bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 melibatkan seramai 97,161 petugas barisan hadapan.

Manakala fasa kedua dan ketiga akan bermula 1 April 2021 dan dijangka selesai 31 Ogos 2021.

Sarawak menjangkakan pelaksanaan program imunisasi di negeri ini akan mencapai 70 peratus daripada 2.8 juta populasi negeri ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Advertisement