Anda di sini

Rusuhan di tiga penjara Ecuador, 50 maut

Advertisement
 Anggota pasukan keselamatan berkawal ketika ambulans bergerak keluar dari Pusat Tahanan Guayaquil selepas rusuhan ganas meletus kelmarin. — Gambar AFP
KAWAL: Anggota pasukan keselamatan berkawal ketika ambulans bergerak keluar dari Pusat Tahanan Guayaquil selepas rusuhan ganas meletus kelmarin. — Gambar AFP

QUITO: Sekurang-kurangnya  50 banduan mati kelmarin dan beberapa yang lain cedera dalam rusuhan di tiga penjara di Ecuador, di mana kumpulan bermusuhan kerap bergaduh dalam penjara yang sesak.

Polis menciap di Twitter bahawa angka kematian adalah pada “lebih 50 banduan selepas rusuhan di penjara di wilayah Guayas, Azuay dan Cotopaxi.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno, juga menerusi ciapan Twitter, menyalahkan rusuhan ke atas “organisasi jenayah” yang terlibat dalam “tindakan serentak di beberapa penjara.”

Pihak  berkuasa, katanya, “bertindak untuk merampas semula kawalan.”

Polis tidak menyatakan sama ada keadaan sudah terkawal selepas keganasan berlaku di penjara di Guaya-quil di barat daya dan di Cuenca dan Latacunga di Andes.

Tiga puluh lapan kematian direkodkan di penjara dengan kawalan ketat di Cuenca, kata pejabat pendakwa raya.

Pemerintah polis, Patricio Carrillo, melaporkan kete-gangan di beberapa penjara di negara Amerika Selatan itu dan  berkata “situasi adalah kritikal.”

Beberapa orang cedera dalam keganasan, termasuk dua banduan di Guayaquil yang mengalami kecederaan serius.

Menteri dalam negeri, Patricio Pazmino sementara itu berkata, pusat kawalan telah ditubuhkan untuk bertindak kepada apa yang beliau  katakan ‘tindakan terancang oleh organisasi jenayah untuk melakukan keganasan di pusat tahanan.”

Pada Disember, rusuhan di penjara di Ecuador berpunca dari kumpulan bermusuhan menyebabkan 11 banduan mati dan tujuh yang lain cedera.

Darurat selama 90 hari di semua penjara di negara itu dikuatkuasakan  oleh Moreno tahun lepas untuk cuba me-ngawal aktiviti kumpulan samseng dan mengurangkan keganasan.

Terdapat kira-kira 38,000 banduan di Ecuador, yang mempunyai 17 juta penduduk, dengan hanya 1,500 pengawal yang mengawasi mereka.

Badan pengurusan penjara kerajaan, SNAI, berkata nisbah anggota pengawal penjara yang sangat rendah “me-nyukarkan tindakan segera” untuk menangani rusuhan.

Rusuhan di penjara me-nyebabkan 51 maut pada 2020, kata polis.

Dalam usaha  untuk mengurangkan jumlah banduan ekoran pandemik COVID-19, kerajaan meringankan hukuman ke atas mereka yang disabitkan atas kesalahan kecil, mengurangkan kesesakan dalam penjara dari 42 peratus kepada 30 peratus. — AFP

Advertisement