Anda di sini

Program SMART SBB dijangka tingkatkan pendapatan pesawah

Advertisement
 Kiandee (dua kanan) menyaksikan MoU antara Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) dengan Pengarah Urusan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Ismail Mohamed Yusoff (kanan) pada Majlis Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Syarikat Peneraju di Wisma Tani, semalam.  Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi. —
TERMETERAI: Kiandee (dua kanan) menyaksikan MoU antara Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) dengan Pengarah Urusan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Ismail Mohamed Yusoff (kanan) pada Majlis Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Syarikat Peneraju di Wisma Tani, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi. —

PUTRAJAYA: Program Smart Sawah Berskala Besar atau SMART SBB dijangka akan meningkatkan pendapatan golongan sasaran program iaitu para pesawah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, program ini dijangka akan meningkatkan purata pendapatan pesawah daripada RM5,000 setahun kepada sehingga RM7,900 setahun.”

“Manakala, pendapatan bersih per hektar dalam setahun pula dijangka meningkat daripada RM5,400 sehingga ke RM15,600 sekiranya purata produktiviti per hektar meningkat daripada 3.5 tan metrik kepada sasaran 7.0 tan metrik.”

“Program SMART SBB turut menyasarkan peningkatan purata hasil per hektar nasional daripada purata hasil semasa sebanyak 3.5 tan metrik pada tahun 2019 kepada 7.00 tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

“Meskipun ada sebahagian kecil kawasan dalam jelapang yang mencatatkan pengeluaran melebihi 10.00 tan metrik per hektar pada masa ini, namun sebahagian besar kawasan jelapang dan keseluruhan kawasan luar jelapang hanya mencatatkan purata hasil per hektar masing-masing sebanyak 4.4 tan metrik dan 2.5 tan metrik pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Projek SMART SBB antara kerajaan dengan 11 syarikat peneraju bagi pelaksanaan program SMART SBB di kementeriannya semalam.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata, SMART SBB yang akan disertai oleh Syarikat-Syarikat Peneraju untuk membangunkan kawasan penanaman padi dengan sasaran seluas 150,000 hektar semusim bagi fasa pertama secara berperingkat menerusi pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.

 “Mengambil kira beberapa kelemahan yang wujud dalam program berskala besar terdahulu, kementerian telah mengenal pasti beberapa langkah dalam memperkasakan industri antara lain, untuk turut melibatkan pelaburan pihak industri itu sendiri melalui Syarikat Peneraju yang secara langsung akan mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan dari segi input pertanian bersubsidi dalam tempoh jangka panjang,”

“Pada masa sama, program ini memberikan pendekatan baharu dalam industri melalui konsep pertanian moden seperti pelaksanaan sistem profil tanah dan pertanian pintar.”

“Selain itu, program SMART SBB ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyatukan tanah sawah secara pertanian kontrak atau sewaan melalui satu pengurusan sekali gus dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil lepas tuai,” katanya.

Menurut beliau lagi, program SMART SBB ini adalah penting berikutan terdapat keperluan bagi menangani isu ancaman terhadap kemampanan sara diri negara terhadap beras.

Katanya, SMART SBB akan membantu negara untuk mencapai sasaran SSL beras yang telah ditetapkan dalam tempoh RMKe-12 iaitu sebanyak 75%.

“Pelaksanaan program SMART SBB juga akan membuka peluang kepada Syarikat-Syarikat Peneraju untuk memainkan peranan dalam keseluruhan atau mana-mana peringkat rantaian nilai industri padi dan beras negara pascapandemik COVID-19,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement